• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Dibawa Balik Selewatnya Hujung Tahun Ini

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin dapat membawa balik ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki pihak berkuasa Low Taek Jho atau Jho Low selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jho Low kini mendapat perlindungan daripada pihak tertentu di sebuah negara yang mempunyai penjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima didapati Jho Low bebas bergerak dan seolah-olah menjalankan perniagaan tanpa sebarang sekatan bersama lima konconya.

“Saya dah nampak dan tahu dia (Jho Low) di mana dan tengah memberikan pandangan tegas pihak melindunginya bahawa soal Jho Low tiada kaitan dengan politik sebaliknya jenayah komersial di dunia dan negara ini.

“Justeru, saya juga telah meningkatkan tekanan supaya pihak melindunginya akur dan yakin dapat membawa Jho Low pada hujung tahun ini,” katanya dalam satu program hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak boleh menyatakan negara yang menjadi tempat Jho Low bersembunyi kini. 

Abdul Hamid menyifatkan Jho Low merupakan individu paling dikehendaki di negara ini yang amat licik dan mempunyai agenda yang jahat.

“Dari mula dulu menggunakan wang membeli pengaruh, rasuah orang sana sini,” jelasnya.

Jho Low merupakan individu yang dikehendaki selepas disyaki terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd.

Tags: 1MDBAbdul Hamid BadorJho Low
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd