• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Tentera Darat Sedia Membantu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tentera Darat sedia membantu operasi memadam kebakaran tanah gambut dan belukar di Sri Aman sekiranya mendapat arahan khusus, kata Panglima Medan Timur Tentera Darat, Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata, setakat ini tentera darat tidak menerima apa-apa arahan dan bersiap sedia mengerakkan anggotanya sekiranya mendapat Lampu Hijau.

“Memang kita siap siaga membantu mana-mana agensi kerana ianya dalam tugas-tugas khusus untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tentera darat amnya.

“Bila berkaitan dengan bencana alam, ianya diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), majlis bencana alam inilah yang akan arah kepada angkatan negara melalui saluran tertentu dan kita menunggu arahan daripada ATM,” katanya pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pahlawan dan Penyampaian Sumbangan kepada Anggota Tentera Cedera di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Bridgedier Jeneral Mohd Isa Jaafar.

Seramai 120 pegawai veteran turut hadir sama pada majlis itu untuk penghormatan kepada veteran-veteran yang terkorban di samping memberikan pengiktirafan manakala 31 anggota yang cedera semasa menjalankan tugas menerima sumbangan khas.

Tags: JerebuKebakaran hutanTentera Darat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd