• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Pembakaran Terbuka Di Selangor Burukkan Keadaan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kebakaran terbuka terutama bagi tanaman kontan memburukkan lagi pencemaran jerebu terutama di Selangor. 

Kosmo! difahamkan di Johan Setia khususnya terdapat 1618.74 hektar tanaman kontan seperti halia, ubi, keledek, cili dan kunyit yang diusahakan oleh lebih 2,000 petani bagi pasaran sekitar Lembah Klang.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima purata 10 panggilan setiap hari dalam kebakaran terbuka melibatkan kebun, tanaman kontan dan sampah atau sisa bahan binaan daripada projek pembinaan dalam tempoh dua minggu ini.

Katanya, pelupusan tanaman kontan melalui pembakaran merupakan cara tradisional dilakukan pihak petani.

“Taburan hujan yang kurang dan cuaca kering sejak awal bulan ini juga membantu pencemaran jerebu ini. 

“Sehubungan itu, kita menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran ini dan hanya melonggokan sampah tersebut untuk diseliakan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Samsol turut menyeru para pengguna jalan raya agar tidak membuang puntung rokok sesuka hati yang boleh mengakibatkan kebakaran di Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

“Puntung rokok yang dibuang dan melekat pada daun kering boleh mengakibatkan kebakaran dan perkara ini pernah terjadi di kedua-dua lebuh raya tersebut sebelum ini,” katanya.  

Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga pukul 11 pagi hari ini menunjukkan Johan Setia merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 160. 

Turut merekodkan bacaan tidak sihat empat lagi kawasan di sekitar Selangor iaitu Petaling Jaya (140), Shah Alam (130), Klang (118) dan Banting (123). – K! ONLINE

Tags: Jerebupembakaran terbukaselangortanaman kontan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menasihatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menikmati hari-hari terakhir sebagai...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd