• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Bukan Protes Tapi Tawar Bantu Indonesia Tangani Kebakaran

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia tidak menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu, sebaliknya menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah Indonesia ketika ini.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar berkata, surat rasmi kerajaan Malaysia menerusi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berhubung tawaran itu telah disampaikan kepada pemerintah Indonesia, baru- baru ini.

“Tidak ada surat protes, tapi (surat) keinginan Malaysia untuk menangani jerebu (membantu memadam kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Indonesia),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Malaysia 2019, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar seperti dilaporkan media tempatan yang kononnya Malaysia telah menghantar surat bantahan, menuduh Indonesia menjadi punca berlakunya jerebu di Malaysia.

Siti Nurbaya juga dilaporkan akan menulis surat kepada Zainal Abidin bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Menurut Siti Nurbaya, berdasarkan laporan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, asap atau jerebu akibat kebakaran di Kalimantan dikesan bergerak ke Malaysia (Sarawak) hanya dalam tempoh satu jam sahaja pada Ahad lepas.

“Asap (jerebu) yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur, itu dari Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia, dan juga mungkin sebahagian dari Kalimantan Barat. Oleh itu (Malaysia) seharusnya objektif menjelaskannya,” kata Siti Nurbaya.

Namun, menurut Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, beliau tidak pernah menerima sebarang surat bantahan dari Malaysia berhubung perkara itu.

“Sampai sekarang saya belum terima (surat protes) (tapi) Menteri Siti Nurbaya dan BMKG sudah buat kenyataan berkaitan masalah ini (kononnya Malaysia hantar surat bantahan),” kata Retno dipetik media tempatan.

Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan telah terbakar sejak Januari lepas, dengan beratus hektar dilaporkan masih terbakar melibatkan beberapa provinsi atau wilayah di Indonesia.

Lebih 6,000 petugas pemadam kebakaran, yang turut dibantu polis dan tentera kini dikerahkan memadam kawasan kebakaran di Riau, Jambi, Pekanbaru dan Kalimantan.

Tags: duta malaysiaIndonesiaJerebuKebakaran hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd