• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: 109 Sekolah Di Port Dickson, Nilai Ditutup

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 109 buah sekolah di daerah Port Dickson dan Nilai, ditutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat pagi ini.

Angka itu melibatkan 63 buah di Port Dickson manakala di Nilai melibatkan 46 buah sekolah.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pihak kementerian menyeru agar pihak sekolah sentiasa memantau bacaan IPU bagi mengatur sesi persekolahan.

“Pihak kementerian memantau secara dekat berhubung tahap kualiti udara dan pihak sekolah diseru untuk merujuk bacaan IPU setiap satu jam dan jika melebihi 200.

“Sekolah perlu ditutup serta merta macam pagi tadi di Nilai dan Port Dickson yang mana telah mencecah bacaan IPU melebihi 200, pada waktu sesi persekolahan baru bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Bandar Seri Sendayan, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Terdahulu, setakat pukul 10 pagi tadi, Pkharuddin memaklumakan sebanyak sembilan buah sekolah ditutup.

Menurut Pkharuddin, bagi sesi persekolahan esok pihaknya akan membuat pengumuman berhubung sebarang perkembangan terbaharu selewat-lewatnya pukul 8 malam ini.

“Kita kena tengok trend bacaan terkini sebelum buat sebarang keputusan, kalau bacaan meningkat lewat petang ini, saya akan bagi tahu guru besar dan pengetua untuk bersedia sekiranya sesi persekolahn perlu ditutup,” katanya.

Tambahnya, cuti ini tidak berganti memandangkan guru-guru semua hadir ke sekolah dan telah bertugas untuk menerima pelajar seperti sesi persekolahan biasa.

Port Dickson mula merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat sejak pukul 8 pagi tadi iaitu 211 manakala Nilai sejak pukul 9 pagi tadi iaitu 203.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Tags: indeks pencemaran udaraJerebuSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik Untuk Malaysia Airlines

Next Post

Kandungan Surat Sebut Menteri Kewangan Setuju – Ka Siong

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post

Kandungan Surat Sebut Menteri Kewangan Setuju - Ka Siong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd