• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Mejar Zahir Dikebumikan Penuh Istiadat Ketenteraan

oleh
05/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Urusan pengebumian jenazah Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya, 36, berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini sebentar tadi. 

Jenazah tiba ke Tanah Perkuburan Islam Tambun pada pukul 7.45 pagi sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira dua jam kemudian. 

Turut hadir Panglima Gerup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Datuk Hassan Ali dan Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Malik Razak Sulaiman. 

Suasana hiba menyelubungi majlis pengebumian yang dihadiri lebih 1,000 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara, pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta penduduk kampung. 

Bacaan talkin disempurnan Pegawai Agama Markas 2 Briged, Leftenan Kolonel Titan Abdul Wahab. 

Selesai pengebumian, pelakon veteran yang juga bapa arwah, AR Badul dan isteri arwah, Nour Shafinar Harun serta anak-anak menyiram dan menabur bunga di pusara Allahyarham.

Jalur Gemilang turut disampaikan Pagawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd. Yunus kepada Nour Shafinar. 

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sempat menziarahi ahli keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Taman Perpaduan di sini pada pukul 6.45 pagi. 

Allahyarham Mejar Mohd. Zahir yang merupakan Pegawai Komando 11 Rejimen GGK maut terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi latihan sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah semalam. 

Beliau kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Tags: Mejar KomandoMejar Mohd. Zahir ArmayaTentera Darat Malaysiaterkena tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

05/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Beberapa tampuk kepimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan berlaku perubahan ekoran Panglimanya, Tan Sri Mohammad Ab. Rahman...

Remaja Cedera Terkena Tembakan Cuba Langgar Polis

02/12/2019
0

PADAH cuba melarikan diri dan merempuh polis, remaja lelaki berusia 15 tahun cedera terkena tembakan di bahu kiri di Kedai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd