• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Peralat Isu Sensitif Untuk Kepentingan Sendiri – Agong

oleh
09/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak memperalatkan isu-isu sensitif bagi kepentingan mana-mana pihak.

Titah Seri Paduka, setiap rakyat dijanjikan hak serta kebebasan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, namun kebebasan tersebut mestilah tidak melangkaui nilai-nilai yang menjadi asas perpaduan negara.

“Begitu juga dalam agenda politik, mesti ada noktah dan batasan yang tidak harus kita langgar. Jika polemik politik dibiarkan berlarutan, lambat-laun rakyat juga yang akan mendapat padahnya.

“Percayalah, perpaduan dan keamanan yang telah terbina selama 62 tahun ini jika hilang, akan sukar untuk dikembalikan. Nasihat Beta, buanglah yang keruh, dan ambillah yang jernih, mana-mana yang tercalar, rawatilah segera agar yang retak akan kembali bertaut,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara, hari ini. 

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda menyambut baik usaha-usaha kerajaan, dalam menghadapi suasana ekonomi dan geopolitik yang semakin mencabar, serta mengalu-alukan pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi dan kewangan negara, di samping menangani kos sara hidup dan membasmi kemiskinan.

“Dalam hal ini, kerajaan Beta perlu sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat. 

“Beta berharap golongan yang memerlukan seperti rakyat yang miskin, kurang upaya dan kumpulan B-40, hendaklah diberikan perhatian dan bantuan agar mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan,” titah Seri Paduka.

Selain itu, pembentukan nilai-nilai mulia dalam amalan kehidupan masyarakat hari ini adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, titah Yang di-Pertuan Agong. 

Dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berintegriti, Al-Sultan Abdullah bertitah, generasi muda perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan dan nilai jati diri yang tinggi.

Justeru, Seri Paduka menyarankan agar program-program yang boleh menyemai nilai-nilai mulia, jati diri dan semangat patriotisme, hendaklah dianjurkan di setiap pelosok negara.

“Melalui pendekatan ini, Beta berkeyakinan kita akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang berintegriti dan akan turut berupaya membentuk sebuah negara yang mempunyai nilai-nilai jati diri dan patriotisme yang tinggi,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah pada istiadat berkenaan turut mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. 

Seri Paduka turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, anggota pentadbiran, penjawat awam dan anggota pasukan keselamatan yang sentiasa taat setia dalam melaksanakan tugas selain warga Istana Negara yang banyak membantu Seri Paduka dalam menggalas amanah sebagai Ketua Utama Negara. 

Tags: Al-Sultan AbdullahHari Keputeraan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mendahului senarai 104 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan...

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd