• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Mejar Zahir, Anak Mulakan Hidup Baharu Di Ipoh

oleh
06/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Isteri Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31, akan membawa anak-anaknya untuk memulakan hidup baharu di Ipoh. 

Menurutnya, sememangnya menjadi hasrat Allahyarham suaminya yang mahu mereka sekeluarga menetap di Perak.

Katanya, cadangan itu sudah lama dia dan Allahyarham suaminya bincangkan cuma ketika itu belum ada ketetapan sama ada mahu terus tinggal di Kuala Lumpur atau Perak.

“Sehari sebelum arwah ke Sabah, dia memberitahu mahu kami sekeluarga berpindah ke Perak.

“Arwah minta kalau boleh cari rumah di sekitar Ipoh supaya mudah jika ada apa-apa berlaku, saya dekat dengan keluarga dan ibu bapa,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta hari ini.

Menurut Nour Sharinar, mengikut perancangan, dia dan tiga anaknya iaitu Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6, dan Izzul Zakly berusia enam bulan akan berpindah ke Ipoh pada bulan November.

Katanya, kemudian arwah bercadang untuk memohon bertukar tempat kerja di sini.

Jelasnya, pada Selasa iaitu sehari sebelum kejadian yang meragut nyawa suaminya itu, dia sudahpun berjaya mendapatkan rumah sewa di Ipoh.

“Sekarang saya perlu urus perkara berkaitan arwah dan daftar sekolah anak-anak. Apabila semua urusan selesai, kami akan berpindah dan mulakan hidup baru di sini seperti yang diminta arwah,” katanya.

Nour Shafinar yang juga bekas anggota tentera dan telah menamatkan tempoh perkhidmatan di 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja pada Jun lalu berhasrat untuk meneruskan minat Allahyarham dalam perniagaan.

Dia mendedahkan bahawa Allahyarham suaminya mahir dalam mereka bentuk baju yang digunakan anggota tentera dalam program dan misi-misi khas menerusi label Zeck’s Empire yang diusahakan bersama sejak dua tahun lalu.

“Saya juga akan meneruskan perniagaan dalam bidang perancang majis perkahwinan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mejar KomandoMejar Mohd. Zahir Armayaterkena tembakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Cedera Terkena Tembakan Cuba Langgar Polis

02/12/2019
0

PADAH cuba melarikan diri dan merempuh polis, remaja lelaki berusia 15 tahun cedera terkena tembakan di bahu kiri di Kedai...

AR Badul Tarik balik Permintaan Inkues Kematian Anaknya

04/10/2019
0

PETALING JAYA - Pelakon AR Badul menarik balik permintaannya supaya diadakan inkues bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd