• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues: Balu Mejar Zahir Serah TDM, Keluarga Suami

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan inkues, sekiranya ia dijalankan Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian arwah suaminya.

Nour Shafinar Harun, 36, berkata, dia sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan menerima keputusan sekiranya Lembaga Siasatan TDM dan keluarga suaminya ingin membuat proses inkues.

“Saya serahkan segala-galanya tentang apa yang ingin dilakukan (termasuk proses inkues). Ini disebabkan (saya) memahami apa yang telah terjadi di samping menerima risiko sebagai anggota tentera dalam apa juga situasi termasuk latihan.

“Apa yang berlaku, itu sudah takdir dan saya percaya kejadian tersebut adalah tidak disengajakan.

“Lagipun, tidak mungkin sahabat Allahyarham sendiri ingin menembaknya, walhal setiap latihan ada risikonya termasuk penggunaan peluru hidup,” katanya selepas hadir bagi menerima sumbangan dari Bank Muamalat di Kem Wardieburn, Setapak, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihak bank terhadap insiden yang menimpa Allahyarham dan keluarga.

“Bank Muamalat menyampaikan sumbangan RM15,000 sebagai tanda menghargai pengorbanan anggota tentera terhadap negara dan juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat institusi kewangan itu bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Pada Khamis lalu, Lembaga Siasatan TDM mengklasifikasikan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir ketika dalam latihan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 2 September lepas sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.

Anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas itu terkena tembakan jarak dekat semasa demonstrasi itu dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Tags: inkuesMejar Mohd. Zahir ArmayaTentera Darat Malaysiaterkena tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inkues : Koroner Kekalkan Larangan Media Dalam Kamar Ketika Saksi Kanak-Kanak Beri Keterangan

Inkues : Koroner Kekalkan Larangan Media Dalam Kamar Ketika Saksi Kanak-Kanak Beri Keterangan

25/09/2025
0

Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini mengekalkan keputusan tidak membenarkan media berada di dalam kamar mahkamah ketika saksi kanak-kanak memberi...

Inkues: Kak M Cakap ‘Kalau Aku Touch-Touch Kau Ini, Berdarah Kau Ni’ Sebab Emosi Tak Stabil – Ketua Warden

Inkues: Kak M Cakap ‘Kalau Aku Touch-Touch Kau Ini, Berdarah Kau Ni’ Sebab Emosi Tak Stabil – Ketua Warden

18/09/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, memberitahu Mahkamah Koroner di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd