Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Lama Berundur, Bursa...

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur...

Mayat Bayi Ditemui Dalam...

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui terapung dalam...

Kamera Shooting Hilang, A....

PENERBIT drama popular, Datuk A. Aida menawarkan sejumlah RM20,000 kepada sesiapa sahaja yang...

Ronaldo Disahkan Positif Covid-19

PORTUGAL terpaksa melupakan khidmat pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo pada saingan Liga Negara-Negara UEFA...

Hina Tentera: Polis Tunggu Analisa Digital Daripada SKMM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu laporan profiling dan laporan analisa digital daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kes kenyataan menghina anggota tentera dilakukan penulis blog, Koon Yew Yin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, rakaman percakapan Yew Yin telah diambil dan polis turut merampas beberapa peralatan digital yang digunakan semasa membuat kenyataan sedemikian.

Menurutnya, kes tersebut masih dalam siasatan dan ia disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan dan nasihat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Yew Yin dalam laman blog kendaliannya meminta kerajaan menyemak semula senarai pekerja di jabatan kerajaan serta memecat pekerja yang tidak diperlukan.

Beliau menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja.

Selepas mendapat kecaman ramai, Yew Yin akhirnya menarik balik kenyataannya terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menimbulkan rasa kurang senang kebanyakan pihak.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Huzir turut memaklumkan perkembangan terbaru isu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menyifatkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai rasis.


“Kenyataan daripada setiausaha dan pengerusi Dong Zong serta timbalan menteri pendidikan (Teo Nie Ching) telah diambil dan kes ini akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat serta arahan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Dr. Mahathir baru-baru ini menyifatkan Dong Zong sebagai rasis kerana persatuan itu tidak pernah berkata apa-apa tentang Malaysia meskipun negara ini berbilang kaum dan hanya membangkitkan isu berkaitan masyarakat Cina sahaja.

“Mereka tak pernah bercakap tentang Malaysia. Mereka hanya memperjuangkan satu bangsa. Malaysia adalah negara berbilang kaum, kalau lakukan sesuatu kena jaga perasaan kaum lain.

“Dong Zong tak pernah kata apa tentang Malaysia dan selalu cakap tentang pendidikan masyarakat Cina. Bahkan semasa saya usulkan untuk wujudkan Sekolah Wawasan untuk satukan rakyat, mereka menolak,” katanya.

Kategori