Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Ajaran Millah Abraham: 3...

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha bengkel dan sepasang suami isteri hari ini menukar...

LHDN Buru Pelari Cukai

ADAKAH kerajaan suka-suka mahu mengenakan cukai pendapatan? Apakah saja-saja Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Sheikh Mohamed Dilantik Presiden...

ABU DHABI: Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dinamakan sebagai Presiden Emiriah...

Bakal Menantu Ditawar 10...

BANGKOK - Seorang bapa bergelar jutawan di sini menawarkan ganjaran sebanyak 10 juta...

FB Kementerian Wilayah Persekutuan Mohon Maaf, Singgung Netizen

SHAH ALAM – Pengendali Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan malam tadi memohon maaf kepada netizen setelah memuat naik satu hantaran mengenai rumah paku yang menyinggung perasaan orang ramai.

Menurut pengendalinya, perkara berkenaan tidak disengajakan.

“Admin benar-benar mohon maaf di atas posting mengenai Rumah Paku yang menyinggung perasaan warganet.

“Perkara ini amat tidak disengajakan dan berharap ia tidak dipanjangkan lagi. Posting tersebut tidak berniat apa-apa,” kata pengendali Facebook rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan.

Hantaran Rumah Paku itu kemudiannya dipadam.


Sebelum itu, pengendali Facebook berkenaan memuat naik hantaran mengenai Rumah Paku yang merujuk kepada rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah projek pembangunan.

Ramai netizen menganggap hantaran tersebut bertujuan menyindir penduduk Kampung Baru yang menolak tawaran kerajaan untuk pembelian tanah mereka sekaligus mengguris perasaan penduduk di kawasan berkenaan. – Sinar Harian

Kategori