• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dunia Tidak Berbuat Apa-Apa Hentikan Kebakaran Hutan

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sistem antarabangsa ketika ini wujud dalam keadaan di mana tiada apa yang dapat dilakukan dunia bagi memaksa Indonesia menangani kebakaran hutan yang berleluasa yang mengakibatkan fenomena jerebu di kawasan tertentu di Asia Tenggara.

Beliau turut menyamakan keadaanya dengan kebakaran hutan yang berlaku di Brazil.

“Sebagaimana yang anda semua tahu Presiden Brazil yang baharu percaya kepada pembakaran hutan sebagai aktiviti untuk pertanian, dan tiada siapa yang boleh menghalang beliau setakat ini. Jadi saya rasa sistem semasa tidak membenarkan kita untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

“Anda boleh salahkan Indonesia, anda boleh mengkritik mereka, tetapi mereka akan terus dengan pembakaran mereka,” katanya di sesi dialog Forum Pemimpin Dunia yang berlangsung di Universiti Columbia di sini, Rabu.

Dr. Mahathir ditanya sekiranya tindakan lebih keras seperti sekatan ekonomi atau menggunakan komuniti antarabangsa untuk berhadapan dengan Indonesia akan dapat membantu masalah menangani masalah jerebu, susulan keadaanya yang cukup serius.

Perdana Menteri berkata akan tiba masanya nanti pembakaran hutan akan menjadi teramat serius sehingga seluruh dunia diliputi jerebu.

“Ketika itu saya rasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mungkin akan berkata – ini bukan lagi hal dalaman negara semata-mata, ini sudah menjadi masalah dunia (untuk mengatasinya) dan dunia seharusnya melaksanakan hak mereka untuk mengambil tindakan.

“Sekiranya kita mempunyai pandangan yang sebegini, kemudian barulah kita boleh berbuat sesuatu apabila seseorang enggan menerima bantuan untuk memadamkan kebakaran misalnya,” kata Dr. Mahathir.

Perdana Menteri berkata ketika ini “PBB tidak dapat berbuat apa-apa, tapi kita perlu cuba memujuk.”

Katanya beliau faham Indonesia juga menenerima kesan jerebu yang serius, dan ini mungkin akan membawa kepada pendirian yang lebih tegas berhubung usaha mengawal kebakaran hutan di negara mereka.

Tags: IndonesiaJerebuMahathir MohamadPBBpembakaran hutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd