• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dia Hantar Gambar Terakhir Buat Saya” – Isteri Mohd Zahir

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isteri kepada Mejar Mohd. Zahir, Nourshafinar Harun sebak dengan pemergian suaminya dan menganggap ia satu kehilangan yang tidak disangka-sangka. 

Menurutnya, kali terakhir suaminya berkomunikasi dengannya adalah menerusi aplikasi whatsApp.

“Arwah hantar gambar dia yang sedang bersiap sedia untuk pergi latihan. Waktu tu saya tidak dapat bercakap lama dengannya. 

“Saya terima berita ini daripada kawan-kawan, mereka sahkan arwah telah meninggal dunia. Kali terakhir saya berjumpa dengannya lebih kurang seminggu yang lalu sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang untuk ke Sabah,” luahnya. 

Hari ini, seorang pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia selepas dikatakan terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi.

Menurut sumber, Allahyarham, Mejar Zahir Armaya yang merupakan anak pelakon, AR Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.30 pagi tadi.

Katanya, Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.

Menurut Nourshafinar, dalam keadaan anaknya yang baru berusia enam bulan, dia merasakan ini dugaan berat buat mereka. 

“Anak kami baru saja berusia enam bulan, saya sangat-sangat tak sangka bapanya pergi terlalu awal,” luahnya. 

Mohd. Zahir meninggalkan Nourshafinar dengan seorang anak lelaki dan dua lagi anaknya, hasil perkahwinan terdahulu.

Tags: Mejar KomandoMejar Mohd. Zahir Armayaterkena tembakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Cedera Terkena Tembakan Cuba Langgar Polis

02/12/2019
0

PADAH cuba melarikan diri dan merempuh polis, remaja lelaki berusia 15 tahun cedera terkena tembakan di bahu kiri di Kedai...

AR Badul Tarik balik Permintaan Inkues Kematian Anaknya

04/10/2019
0

PETALING JAYA - Pelakon AR Badul menarik balik permintaannya supaya diadakan inkues bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd