• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersiap Sedia Perubahan Iklim, Bukan Peperangan – Mahathir

oleh
28/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, komuniti antarabangsa perlu memberi perhatian terhadap fenomena perubahan iklim dan bencana alam yang banyak dipengaruhi oleh aktiviti manusia daripada membuat persediaan untuk berperang.

“Kita perlu membuat persediaan untuk memerangi perubahan iklim, untuk mengembalikan persekitaran normal yang dinikmati sejak ribuan tahun lalu,” kata Perdana Menteri.

Dalam pernyataannya pada Perbahasan Umum Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini pada Jumaat, Dr Mahathir berkata, setiap negara juga harus membuat persediaan berdepan dengan gempa bumi besar, taufan dan ribut taufan, banjir dan kejadian tanah runtuh.

“Kita perlu belajar bagaimana untuk mengurangkan bencana alam ini. Kita perlu membina tempat perlindungan, membuat hujan buatan dan menghasilkan makanan tanpa cahaya matahari, berpindah ke tepi laut dan sebagainya,” katanya.

Pemimpin Malaysia itu menegaskan bahawa pasukan pakar bencana yang serba lengkap harus sentiasa bersiap siaga untuk bergegas ke kawasan bencana dengan menekankan bahawa setiap bencana adalah bencana dunia.

“Sudah tentu semua bencana alam itu mungkin tidak berlaku, tetapi kita tidak boleh bergantung kepada itu. Kita membazirkan wang mempersiapkan untuk berperang, mencipta lebih banyak pemusnah apabila semua boleh dilenyapkan oleh bencana alam ketika planet ini melalui kitaran seterusnya,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, manusia adalah makhluk yang cerdik dan mampu bertahan dalam kitaran perubahan iklim seterusnya jika mereka mampu melahirkan penyelidik yang dapat menghasilkan sistem pertahanan terhadap bencana.

“Jika kita mengurangkan belanjawan untuk membunuh orang, kita akan mempunyai dana untuk penyelidikan dan persediaan,” katanya.

Tags: Mahathir MohamadPBBpeperangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd