• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2020: Cuepacs Harap Penjawat Awam Dapat Bonus

oleh
23/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap khabar gembira buat penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada bulan hadapan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, tahun 2020 merupakan tahun yang unik dan istimewa dan sudah tentunya pihaknya mengharapkan kejutan istimewa berlaku dalam Belanjawan 2020 yang djadual dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober depan.

“Tentang bonus ini…. saya yakin dengan kebijaksanaan yang berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menteri kewangan supaya bonus mesti ada dan dalam keadaan apa sekalipun.

“Kita mesti mengiktiraf sumbangan penjawat awam dalam usaha mereka memastikan negara terus stabil, aman dan makmur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Cuepacs Pulau Pinang.

Beliau berkata, biarpun kerajaan kini sudah bertukar namun agensi serta kementerian dan para pekerjanya masih sama dan terus berkhidmat tanpa ada sebarang prejudis.

Menerusi Belanjawan 2020 itu juga Azih berkata, kerajaan perlu meneliti gaji serta Sistem Saraan Malaysia yang tidak disemak selama 17 tahun lalu.

Beliau berkata, 2020 satu tahun yang amat istimewa sebab itu Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri keempat memilih 2020 sebagai satu tarikh untuk meletakkan negara kita sebagai negara maju.

“Walaupun perdana menteri telah menganjakkan masa untuk meletakkan Malaysia sebagai negara maju pada 2020 ke 2025, harapan kami supaya gaji permulaan tahun 2020 itu mesti berada di atas garis kemiskinan.”

Dalam pada itu Cuepacs turut merayu pada kerajaan agar penjawat awam terus berada di zon selamat dan turut meminta agar kerajaan mengekalkan kewujudan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan 33 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang sebelum ini dikatakan akan ditutup.

Tags: belanjawan 2020BonusCuepacsPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd