• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Sudah Jadi Dengan Pemilihan Sasterawan Negara?

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Apa sudah jadi dengan keputusan pemilihan Sasterawan Negara sebelum ini?

Persoalan itu dilontarkan oleh Tokoh Sasterawan Perak, Dr. Malim Ghozali rentetan pengumuman penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 yang membawa gelaran tersebut.

Malim mendakwa, hal ini kerana pemilihan penerima anugerah tersebut telah dibuat oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ‘secara sebulat suara’ kira-kira enam bulan lalu iaitu pada 28 Mac.

“Apa terjadi selepas itu? Kalau ada orang atasan yang menolak saya, saya nak tahu kenapa? Kita kena faham hak bukan mutlak sifatnya.

“Ia datang dengan tanggungjawab. Waima menteri sekalipun! Ketika apa ratus sastera sudah dipolitik, dimanipulasi dan diselewengkan, saya sudah hilang kepercayaan terhadapnya sama sekali,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Kementerian Pendidikan mengumumkan pengkaji seni budaya, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Berikutan itu, Malim mendakwa keputusan yang diumumkan sebagai suatu penganiayaan sastera bentuk baharu.

Beliau yang telah memenangi 36 anugerah dan hadiah di dalam serta luar negara ternyata tidak dapat menerima keputusan tersebut.

“Hanya saya seorang penulis sastera Melayu yang telah memenangi hadiah puisi di peringkat dunia dan novel saya tersenarai antara 160 terbaik dunia oleh IMPAC Dublin International Book Award 2016.

“Adakah ini tidak memberikan sedikit pun kelebihan? Tanda-tanda akan berlaku penyelewengan terhadap keputusan panel hakim sudah kelihatan sejak Mac 2019 dan menjadi kenyataan pada 9 Ogos lalu,” dakwa beliau.

Bukan itu sahaja, Malim malah mendakwa keputusan yang dibuat sebagai suatu bentuk tindakan ‘pintu belakang’.

Beliau turut memberi gambaran wujud campur tangan dalam hal ehwal penjurian memilih tokoh Sasterawan Negara.

“Kalau dah nampak nak kalah, ubah tiang gol itu biasa, tapi kalau sudah kalah, diarah main semula dan ditambah dua orang ‘refree’ yang tiada kepakaran, ini luar biasa!

“Kita hendak mencari apa sebenarnya? SN (Sasterawan Negara) atau SNPB (Sasterawan Negara Pintu Belakang).

“Saya tercium bau-bau tikus. Saya akan gali lubang tikus-tikus ini sampai ke dasarnya. Ingat, Allah melihat segala perbuatan jahat,” tegas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: Anugerah Sastera NegaraDBPMalim GhozaliSasterawan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

15/12/2022
0

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kecewa dengan sikap seorang pegawai kanan Dewan Bahasa...

Sasterawan Negara, Kemala Meninggal Dunia

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Sasterawan negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya, Kemala, meninggal dunia di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd