• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Jadi PM, Wawasan 2020 Bakal Tercapai

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menjangka bakal menduduki kerusi Perdana Menteri sekitar Mei 2020 disambut sinis oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib menyifatkan agenda Anwar itu sebagai bakal merealisasikan wawasan 2020 yang digerakkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Wawasan 2020 bakal tercapai,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam berkata, beliau menjangkakan proses pengambilalihan jawatan Perdana Menteri daripada penyandangnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan direalisasikan sekitar Mei tahun depan.

Memetik laporan agensi berita antarabangsa Bloomberg, Anwar berkata, terdapat satu perjanjian pengambilalihan jawatan Perdana Menteri dibuat sebelum ini.

Anwar mendakwa, menerusi perjanjian itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian.

Bagaimanapun Anwar berkata, beliau tidak terlalu memikirkan tarikh khusus berhubung pengambilalihan jawatan tersebut.

Wawasan 2020 merupakan wawasan pembangunan negara diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir Mohamad ketika pembentangan Rancangan Malaysia Keenam di Parlimen pada 1991.

Ia bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan maju sepenuhnya pada 2020 dengan 9 matlamat utama termasuk mewujudkan negara Malaysia bersatu yang dikongsi bersama, aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan akan keupayaan diri sendiri dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

Matlamat lain ialah membina masyarakat bermoral dan beretika, dengan rakyat berpegang teguh kepada nilai agama dan kerohanian serta nilai etika tinggi, mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dan mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

Wawasan 2020 juga bertujuan mewujudkan masyarakat penyayang dan berbudaya menyayangi, dengan sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, masyarakat yang adil dalam ekonomi, dengan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama serta mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadNajib Tun RazakWawasan 2020
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd