• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Lahir Luar Negara Bakal Dapat Status Warganegara

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN sedang mengkaji untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapatkan status kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ketika ini hanya bapa warganegera Malaysia yang dibenarkan memperoleh kewarganegaraan anak yang dilahir di luar negara, secara automatik sementara ibu perlu membuat permohonan bagi tujuan itu.

“Kita hidup dalam tahun 2019, lelaki wanita Malaysia harus mendapat layanan yang sama. Sebab itu kita telah menulis kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk minta pindaan ini dibuat kerana banyak keluarga terjejas dengan undang-undang ini.

“Kita telah bermesyuarat sejak April tahun ini di mana tiga kementerian ini berbincang dan setakat ini maklum balas daripada kementerian terlibat adalah positif,” katanya selepas menghadiri Kempen Kesamaan Kewarganegaraan Malaysia hari ini.

Kempen yang dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Pasangan Asing itu bertujuan memberi kesedaran mengenai kesan diskriminasi jantina terhadap wanita di negara ini.

Menurut Yeoh, isu membabitkan kewarganegaraan ini memberi tekanan, trauma dan menimbulkan masalah kepada keluaga dalam menguruskan anak mereka termasuk hal-hal kesihatan mahupun pendidikan.

Justeru beliau berharap usaha meminda Perkara 14 itu mendapat sokongan pelbagai pihak bagi memberi peluang yang lebih adil kepada keluarga dan kanak-kanak di negara ini.

“Kita sedang dapatkan statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara berapa permohonan di bawah kategori ini dan menerusi kempen ini saya percaya kepantasan (untuk meminda) akan bertambah dan kami berharap lebih ramai penggubal undang-undang akan dapat bercakap mengenai perkara ini.

“Malah perkara ini ada dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk melihat semula undang-undang yang mendiskriminasi wanita,” tambah beliau.

Tags: Hannah YeohkewarganegaraanPerlembagaan persekutuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd