• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun Facebook, Twitter Palsu Digunakan Fitnah JPN – Polis

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mendapati akaun Twitter dan Facebook menggunakan nama ‘Tengku Raja Alam Shah’ bahawa 200,000 menerima sijil kewarganegaraan baharu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), adalah palsu.

Ketua Penolong Pengarah BaThagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid berkata, akaun laman sosial itu dipercayai digunakan untuk memfitnah JPN.

“Kita telah menerima laporan polis dari Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh. Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Kelmarin, JPN membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan menyeluruh mengenai dakwaan itu berikutan maklumat dikemukakan adalah tidak benar.

Dalam kenyataan Ruslin memaklumkan jumlah yang dinyatakan dalam dakwaan itu adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak munasabah kerana proses mendapatkan taraf kewarganegaraan amat rumit serta memerlukan penelitian dan prosedur yang ketat daripada pelbagai aspek.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memberikan kewarganegaraan baharu kepada 200,000 penerima.

Kementerian itu berkata, dakwaan yang ditular pemilik akaun Twitter ‘Tengku Raja Alam Shah’ itu tidak benar kerana sejak mengambil alih kerajaan pada Mei tahun lepas hanya kira-kira 4,000 kewarganegaraan diberikan kepada penerima yang layak.

Untuk rekod bagi tempoh Mei 2018 sehingga 15 September lalu sebanyak 19,788 permohonan taraf kewarganegaraan telah diterima oleh JPN dan daripada jumlah tersebut hanya 4,422 sahaja yang telah diluluskan bagi mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia.

Tags: facebookJabatan Pendaftaran NegarapolisTwitter
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik sekeping gambar beliau diiringi...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd