• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berkenan Kurnia Watikah Sasterawan Negara Ke-14

oleh
22/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi berkenan menghadiri Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-14 (ASN ke-14).

Pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 8.40 malam disambut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menerima Sembah Kenal Penerima Anugerah Sastera Negara ke-14, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail oleh Maszlee.

Baginda kemudian berkenan menyampaikan watikah Sasterawan Negara kepada Siti Zainon sebelum menerima sembah ucapan daripada Siti Zainon.

Sementara itu, Siti Zainon dalam sembah ucapannya berkata, penyatuan melalui Bahasa Melayu sebagai bahasa negara harus diberi tumpuan, dengan penggunaannya diperluaskan dalam hebahan melalui poster, papan tanda arah dan iklan selain mendahulukan bahasa kebangsaan dalam persembahan, seminar atau dalam dialog bernuansa antarabangsa.

“Hari ini ‘Rumah Budi Melayu’ makin sesak dan bergoyang… disendatkan dengan pelbagai tingkah laku canggung bertentangan dengan resam budaya. Pemahaman Bahasa Jiwa Bangsa semakin tipis,” jelasnya yang telah menghasilkan tiga buah novel, sembilan buah kumpulan cerpen, 25 buah kumpulan puisi dan 20 buah buku kajian dalam dunia kesusasteraan.

Sebelum ini, Siti Zainon telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Pemilihan Siti Zainon berdasarkan kepada sumbangan beliau melalui karya dan pemikiran serta sumbangan terhadap pengembangan sastera.

Anugerah Sastera Negara diberikan sejak 1981 kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan telah memberikan sumbangan yang cemerlang dan berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan bermutu tinggi.

Tags: Anugerah Sastera NegaraSasterawan Negarasiti zainon ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sasterawan Negara, Kemala Meninggal Dunia

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Sasterawan negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya, Kemala, meninggal dunia di...

NGO, Sasterawan Negara Bantah Pelaksanaan PPSMI

06/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terdiri daripada beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd