• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

A.R Badul Yakin Wujud Kelalaian

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak legenda, A.R Badul reda tetapi kecewa dengan kejadian yang menimpa anaknya, Mejar Mohd. Zahir Armaya yang maut akibat terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah pagi tadi.

Menurut A.R Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 69, berkata, dia yakin wujud kelalaian sepanjang latihan sehingga mengakibatkan anaknya maut dalam kejadian berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan melulu membuat kesimpulan sebaliknya menanti maklumat penuh daripada pihak berkaitan.

“Saya sedih sebab saya merasakan kejadian ini berlaku akibat kelalaian. Mengenai tanggungjawab seorang askar kepada negara, saya faham.

“Mereka sering jatuh, patah dan cedera. Sekiranya meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara atau meleraikan penunjuk perasaan saya boleh terima,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pengurusan jenazah, pelakon filem Prebet Lapok itu berkata, jenazah berkemungkinan akan diterbangkan ke Semenanjung selewat-lewatnya petang ini.

“Urusan jenazah diuruskan sepenuhnya oleh pihak tentera. Jenazah mungkin akan dikebumikan sama ada di Kuala Lumpur atau di Perak iaitu kampung halaman isterinya,” katanya.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, seorang komando Kem Sungai Udang di Melaka yang juga anak kepada A.R Badul meninggal dunia semasa melakukan demonstrasi tembakan raifal.

Difahamkan dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 36 tahun sedang melakukan latihan untuk sebuah persembahan.

Mangsa berusia 36 tahun meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. – K! ONLINE

Tags: AR BadulMejar KomandoMejar Mohd. Zahir Armayaterkena tembakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Cedera Terkena Tembakan Cuba Langgar Polis

02/12/2019
0

PADAH cuba melarikan diri dan merempuh polis, remaja lelaki berusia 15 tahun cedera terkena tembakan di bahu kiri di Kedai...

AR Badul Tarik balik Permintaan Inkues Kematian Anaknya

04/10/2019
0

PETALING JAYA - Pelakon AR Badul menarik balik permintaannya supaya diadakan inkues bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd