• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Hari Di ICU, Wanita Terbabit Nahas Latar Meninggal Dunia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Seorang wanita yang cedera parah selepas suami dan seorang anaknya rentung dalam kemalangan di Kilometer 9.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), 3 September lalu meninggal dunia di di Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, Ku Nurul Amirah Ku Fazli, 33, disahkan meninggal dunia jam 9.45 pagi semalam.

Menurutnya, wanita terbabit sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak lapan hari lalu.

“Mangsa yang parah pada kepala disahkan meninggal dunia di ICU,” katanya.

Sinar Harian 3 September lalu melaporkan, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan bapanya rentung selepas kenderaan dinaiki mereka bersama dua lagi ahli keluarga merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 9.2 Lebuhraya Latar arah Kuala Lumpur.

Mangsa yang rentung dalam kejadian jam 11.50 malam itu ialah pemandu kereta Proton Persona iaitu Muhd Ridzo Fadzly Rosely, 37, dan anaknya, Ahmad Ariffin, 2.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, semasa kejadian, pemandu bersama isteri dan dua anak mereka dari Kedah dalam perjalanan pulang ke Bandar Tasik Puteri, Rawang selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Kemerdekaan. – Sinar Harian

Tags: ICUkemalangan mautlebuhraya LATARmeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd