• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Suspek Pembakaran Hutan Di Riau Ditangkap

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Tiga individu dipercayai dalang di sebalik kebakaran hutan di daerah Pelalawan, Riau ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Isnin.

Ketiga-tiga suspek itu dikesan Pasukan Gabungan Penegakan Hukum Kebakaran Hutan dan Lahan ketika sedang menceroboh dan membakar kawasan hutan di Taman Nasional Tesso Nilo di Ingragiri Hulu, Riau.

Menurut laporan portal berita Indozone, kawasan pembakaran itu dipercayai akan dijadikan ladang sawit.

“Kebakaran itu ada kaitannya dengan pembukaan tanah yang melibatkan beberapa pihak, sama ada secara peribadi, atau diatur oleh seseorang, atau diupah dan sebagainya,” kata Edward Hutapea, Ketua Penegakan Hukum Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan di Wilayah II Sumatera.

Tambah Edward, setelah sesuatu lokasi itu dibuka, lazimnya ia akan ditinggalkan dalam keadaan terbakar.

Setelah dibakar, pembakar hutan akan kembali lagi untuk mengusahakan tanah tersebut menjadi ladang sawit atau untuk tujuan pengeluaran lain.

Video serbuan oleh Tentera Nasional Indonesia menunjukkan detik ketiga-tiga suspek ditangkap di kawasan hutan Riau dan kemudiannya dibawa keluar menggunakan helikopter dari Lapangan Sorek di wilayah Pelalawan, Riau.

Mereka disiasat di bawah akta Undang-Undang Lingkungan Hidup No 32 Tahun 2009 dan berdepan hukuman 10 tahun penjara.

Malaysia, Indonesia dan Singapura dilanda jerebu teruk sejak beberapa minggu lepas.

Pada Ahad, seorang bayi berusia 4 bulan dipercayai mati akibat asap jerebu di Palembang, Indonesia.

Presiden Indonesia, Jokowi Widodo turun ke kawasan kebakaran seluas 50,000 hektar di wilayah Riau bagi melihat sendiri operasi pihak berkuasa Indonesia dalam mengawal keadaan.

Menurutnya, kerajaan Indonesia sedang mencari jalan bagi menangani usaha membanteras kejadian kebakaran hutan yang berleluasa di Sumatera dan Kalimantan. – Astro AWANI

Tags: IndonesiaJerebupembakaran hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd