• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Konvensyen Usahawan Bumiputera

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lagi konvensyen usahawan berteraskan kaum diadakan di negara ini bagi memastikan semua rakyat mendapat hak inklusif, tegas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Menurut beliau, selama ini konvensyen berkenaan hanya dijalankan sebanyak tiga kali dan terakhir pada tahun lalu.

“Konvensyen yang serupa. Selama 62 tahun merdeka, cuma ia dibuat tiga kali. Jadi, kita hendak lebih inklusif, lebih definitif dengan lebih jelas hala tuju dan sasaran kita.

“Jadi kita hendak rangkumi semua dengan dasar-dasar nasional, dengan ada naratif kemakmuran bersama, pendapat saya, tidak payah lagi kita nak buat khusus konvensyen usahawan bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dekat sini hari ini. 

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Tambah Mohd. Redzuan, konvensyen usahawan bumiputera hanya akan disambung sekiranya diperlukan.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan mengukur pencapaian yang diperoleh dalam kalangan usahawan bumiputera.

”Kecuali tiba masa kita ukur pencapaian itu dan perlu perhatian sekali lagi, mungkin diadakan sekali lagi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: bumiputeraKonvensyenRedzuan Md Yusofusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd