• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu PM Kalau Ikut Cara Santiago – Redzuan

oleh
13/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago belum matang dalam pengetahuannya pada selok belok urusan pentadbiran negara sehingga sanggup menyelar kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menarik perhatian, seandainya Santiago dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam sesuatu syarikat, `sah dia akan merujuk kepada stafnya untuk membuat keputusan’.

“Dia mesti ingat Tun (Dr. Mahathir) telah diangkat menerusi proses demokrasi dan diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab serta (ada barisan menteri) berpasukan di Kabinet.

“(Maka) kurang cerdik pendapat (Santiago) untuk Tun (selaku Perdana Menteri) merujuk (setiap keputusan Kabinet) kepada majlis Pakatan Harapan (PH).

“(Ini bermakna) tak perlulah ada jawatan PM kalau mengikut pendapat Santiago.

“Santiago patut tahu, PM selalu mengambil kira pendapat-pendapat daripada menteri-menteri Kabinet sebelum membuat sebarang keputusan. Dan semua keputusan adalah kolektif dan konsensus,” tegas Mohd. Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan kepada Utusan Malaysia pagi ini.

Semalam, Santiago dalam kenyataan menerusi laman Facebook miliknya menyuarakan kebimbangannya tentang pentadbiran PH.

Kata pemimpin DAP itu, Dr. Mahathir sering membuat keputusan secara berseorangan dan seolah-olah mahu menunjukkan beliau berkuasa walaupun datang daripada parti kecil.

Beliau memberi contoh isu pengajaran seni khat Jawi di sekolah yang timbul baru-baru ini, yang mana dia mendakwa Dr. Mahathir melakukan keputusan dengan sewenang-wenangnya.

Selain isu Zakir Naik yang didakwa Santiago bahawa PH melindungi pendakwah kontroversi itu, dia turut mengaitkan situasi tersebut dengan beberapa isu lain seperti penolakan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Statut Rom dan kilang Lynas.

“(Dr.) Mahathir sepatutnya sudah boleh membaca perasaan rakyat ketika ini. Dan dia mesti faham bahawa keputusan secara sewenang-wenangnya tanpa perbincangan tidak akan membawa dia jauh,” kata Santiago lagi. – UTUSAN ONLINE

Tags: Charles SantiagoMahathir MohamadPerdana MenteriRedzuan Yusof
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Disaran Tukar Pengerusi Mara

PMX Anwar Disaran Tukar Pengerusi Mara

15/08/2026
0

MELAKA - Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd