Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Nantikan Prototaip Kereta Terbang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan menjangkakan penghasilan prototaip mobiliti udara atau lebih...

Wanita Mati Otak Dikekalkan...

Seorang wanita yang mengalami keadaan kematian otak dikekalkan hidup bagi membolehkan fetus berusia...

Bapa Bunuh Anak 21...

NEW YORK - Seorang bapa mengaku bersalah membunuh anak perempuannya yang berusia 21...

EU Desak Suu Kyi...

STRASBOURG - Ketua Diplomatik Kesatuan Eropah (EU) semalam mengecam tindakan Myanmar memenjarakan dua...

Subsidi Petrol Bersasar Diumum 2 Minggu Lagi

PUTRAJAYA – Pengumuman tentang pelaksanaan subsidi petrol bersasar akan dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang. 

Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution, pada waktu ini masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

Justeru beliau mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut perkara itu hari ini. 

“Saya akan umum dua minggu dari sekarang semua soalan saya akan jawab masa itu dalam sidang media. 

“Pengumuman tentangnya akan dibuat dalam dua minggu terdekat tertakluk apa-apa keputusan daripada jemaah menteri sekarang saya tengah perhalusi beberapa perkara,” katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KPDNHEP hari ini.

Untuk rekod, ketika Bajet 2019  dibentangkan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500 cc dan motosikal berkapasiti enjin 125 cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi tersebut, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, kementeriannya akan menjadikan Taiwan dan Turki sebagai contoh rujukan kajian tentang bekalan makanan dalam negara. 


Kata beliau, Taiwan khususnya contoh yang disifatkan baik kerana tidak pernah mengalami kekurangan bekalan makanan meskipun berhadapan dengan bencana taufan hambir saban tahun. 

Beliau mencadangkan beberapa pegawai daripda KPDNHEP dihantar ke dua-dua negara tersebut bagi membuat kajian dan seterusnya dijadikan syor kepada kerajaan khususnya mengelakkan.

Ujarnya, kajian itu dilihat perlu ekoran masih wujud aduan daripada pengguna berkenaan bekalan makanan yang kurang khususnya pada musim tertentu.

“Taiwan yang saya hendak kaji saban tahun kena taufan tapi bekalan makanan  rakyat tak terjejas itu menarik untuk kita kaji. Bahkan kalau perlu atur lawatan peringkat pegawai ke sana hantar tiga empat hari pegawai yang terbaik dari yang baik-baik untuk pergi. Mengapa di sebalik cuaca begitu tapi rakyat Taiwan tidak bimbang dengan kekurangan makanan.

“Negara kita aman makmur cuaca predictable tapi keluh kesah masih ada tentang bekalan makanan,” katanya ketika berucap.

Kategori