• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Di KLIA Pulih Sepenuhnya

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tiada lagi urusan dijalankan secara manual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila sistem rangkaiannya semakin stabil sejak lapangan terbang utama negara itu dilanda gangguan sistem, Rabu lepas.

Ketika melakukan tinjauan pada 11 pagi tadi, Bernama dimaklumkan segala urusan termasuk daftar masuk penumpang dan pemeriksaan Imigresen telah dijalankan seperti biasa.

Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) utama turut berfungsi sepenuhnya dan sentiasa dikemas kini.

Namun sukarelawan Malaysia Airports tetap kelihatan di balai pelepasan dan sentiasa bersedia untuk melayan penumpang mengenai maklumat terkini penerbangan.

Bernama turut dimaklumkan urusan penerbangan turut lancar pada waktu puncak antara pukul 8 hingga 10 pagi hari ini walaupun suasana di balai pelepasan kelihatan agak sibuk. Keadaan kembali lengang selepas pukul 10.30 pagi.

Seorang penumpang, Norhana Sulaiman berkata, beliau sengaja datang empat jam lebih awal sebelum penerbangannya ke Honolulu, Hawaii pada pukul 2.45 petang bagi mengelak sebarang kesulitan.

Norhana, 55, yang tinggal di Honolulu sejak 1995 bersama keluarganya berkata, beliau tiba untuk bercuti sambil melawat keluarganya di Shah Alam pada Jumaat lepas ketika KLIA masih mengalami gangguan sistem.

“Masa itu di ketibaan tiada masalah tetapi saya tengok keadaan bahagian pelepasan agak sibuk beratur panjang. Jadi, saya fikir lebih baik saya datang awal, tetapi saya nampak hari ini keadaan sudah baik,” katanya.

Seorang warga Iran, Mohammed Reza Hussein yang ingin bercuti di Langkawi, Kedah bersama keluarganya berkata mereka juga tidak mengalami sebarang masalah semasa proses daftar masuk bagasi.

“Saya ada dengar mengenai gangguan sistem, tetapi buat masa ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

Walaupun situasi kembali pulih, pengumuman mengenai lapangan terbang mengalami masalah gangguan sistem dan peringatan kepada penumpang supaya terus melakukan pemeriksaan Imigresen masih kedengaran. 

KLIA mengalami gangguan sistem sejak Rabu lepas susulan kegagalan sistem rangkaiannya. Gangguan sistem telah menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

Tags: gangguan sistemKLIAMAHB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Pandu Uji Kereta Sulung Buatan Vietnam

Next Post

33 Murid Di Pasir Gudang Alami Loya, Muntah

Related Posts

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar empat haiwan eksotik disyaki ungka tangan hitam, sejenis terancam digagalkan dalam pemeriksaan...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

33 Murid Di Pasir Gudang Alami Loya, Muntah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd