• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sila Guna Sijil Halal Mandarin, Tamil

oleh
14/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya mencabar mereka yang menentang penulisan khat dan Jawi khususnya Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong), agar memperjuangkan perkara sama terhadap syarikat daripada kaum itu yang kini banyak menggunakan tulisan tersebut di dalam produk-produk keluaran mereka.

Beliau hairan kerana golongan tersebut begitu benci terhadap khat dan Jawi tetapi boleh pula menggunakannya di dalam produk-produk keluaran mereka termasuk sijil logo halal kerana sebahagian besar pelanggan mereka adalah terdiri daripada orang Islam dan Melayu.

“Jika begitu (bantah khat dan Jawi), sila gunakan logo halal tulisan mandarin atau tamil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Fathul Bari seterusnya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Dong Zong adalah sebuah pertubuhan yang rasis sejak dahulu lagi.

“Malah tindak-tanduk gabungan ini semakin menjadi-jadi selepas DAP dilihat jelas berada di belakang mereka untuk mempertahankan pertubuhan berkenaan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Fathul Bari turut bersetuju dengan cadangan pelbagai pihak agar pertubuhan tersebut segera diharamkan.

“Daripada dahulu lagi kita banyak memberi muka kepada mereka ini dan sudah tiba masanya tindakan tegas diambil,” katanya.

Kelmarin, Dr. Mahathir menyifatkan Dong Zong sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan apa jua keputusan kerajaan.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, Dong Zong sejak dahulu lagi sering membantah termasuk ketika kerajaan mewujudkan Sekolah Wawasan yang menggabungkan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sejak dua minggu lalu, isu pengenalan tulisan khat atau Jawi mendapat bantahan ramai pemimpin DAP serta dua pertubuhan mewakili pendidikan Cina dan Dong Zong. – UTUSAN ONLINE

Tags: cinaFathul BariIndialogo halaltulisan Jawitulisan khat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd