• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Malu Dengan Keadaan Tandas Di Malaysia” – Mahathir

oleh
13/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tandas di Malaysia kotor dan busuk.

Itu pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang malu dengan keadaan tandas-tandas di negara ini, khususnya tandas awam.

Kata-kata itu dinyatakan Dr. Mahathir berdasarkan beberapa pemeriksaan mengejut yang dibuat oleh beliau.

“Kita sering menyuarakan perasaan tidak senang kerana kalau ada tandas untuk orang ramai, keadaan itu tidak baik sama sekali.

“Kalau kita pergi ke negara tertentu, tandas untuk orang awam amat bersih. Tandasnya bersih kerana pengguna tidak kotorkan keadaan. Kenapa? Dia rasa bertanggungjawab dan menghargai pandangan masyarakat terhadap diri.

“Dengan itu, dia akan jaga kerana dirinya memang bersih dan tidak lakukan sesuatu yang mengotorkan tandas,” katanya dalam ucapan perasmian Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Timbalannya, Teo Nie Ching.

Sifat tidak mementingkan kebersihan sebenarnya mencerminkan sikap sebenar masyarakat negara ini.

Jelasnya, masyarakat negara ini tidak malu dengan perkembangan negatif ini walaupun ia memaparkan sifat sivik kita yang rendah.

“Kita berpendapat, tak ada orang akan tahu siapa buat apa. Ini disebabkan oleh tidak ada perasaan tanggungjawab sivik dalam hati kita.

“Sekarang ini kita juga lihat kekotoran, sampah. Sampah di sekeliling kita, ini menjadi masalah kalau kawasan itu kecil, penduduknya 10 orang, dia buat sampah sedikit saja.

“Tetapi bayangkan jika tiga juta penduduk ibu kota Kuala Lumpur membuang puntung rokok yang dihisap mereka setiap hari, ia akan memberikan natijah kepada kebersihan kota raya dan masyarakat.

“Tapi dalam satu bandar macam Kuala Lumpur ini apabila 3 juta penduduk buang puntung rokok saja pun dalam sedikit masa saja, kita akan hidup di atas gunung rokok yang dibuang,” katanya lagi.

Tags: Mahathir Mohamadpendidikan siviktandas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rogol, Liwat Anak Tiri, Warga Emas Dipenjara 20 Tahun

Next Post

Agihan Dividen ASB, KWSP Rendah?

Related Posts

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

20/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini semalam....

Lauk Dalam Tandas, Nasi Bungkus Dalam Mesin Basuh

Lauk Dalam Tandas, Nasi Bungkus Dalam Mesin Basuh

27/03/2023
0

Kota Bharu : Sanggup menyembunyikan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh. Ikuti Mynewshub: Telegram Tindakan peniaga yang disyaki...

Next Post

Agihan Dividen ASB, KWSP Rendah?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd