• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Kelantan Lapor Polis Lagi Terhadap Caprice

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Meskipun telah meminta maaf kerana kata-kata yang diungkapkan dilihat menggores hati serta perasaan rakyat Kelantan, namun laporan polis terhadap penyanyi rap, Caprice tetap dibuat.

Terbaru, Kumpulan Anak Kelantan Kecewa pula tampil membuat laporan terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kelantan semalam.

Jurucakap kumpulan tersebut, Mohd. Nor Hussain menyifatkan kenyataan Caprice yang didakwa memperlekehkan rakyat Kelantan berikutan kehadiran begitu ramai ke program penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik sebagai telah melukakan hati mereka.

Beliau malah mendakwa kenyataan Caprice tersebut turut memberi gambaran kononnya rakyat Kelantan cetek ilmu kerana tidak faham bahasa Inggeris.

“Kenyataan beliau yang kedua mengatakan rakyat Kelantan adalah penagih dadah paling ramai, pembuangan bayi paling ramai dan juga pedofilia paling ramai di Malaysia. Ini menjatuhkan martabat rakyat Kelantan di mata masyarakat negeri lain.

“Boleh menimbulkan rasa takut pada pelancong lain. Beliau adalah salah satu ikon belia dan terkenal bila mana beliau mengeluarkan kenyataan tersebut, boleh mempengaruhi dan menjadi hasutan pada orang lain untuk tidak datang ke Kelantan,” katanya.

Isnin lalu, Kumpulan Anak Kelantan Prihatin tampil membuat laporan polis terhadap Caprice di Balai Polis Petaling Jaya sebagai respons kepada kenyataan artis tersebut yang didakwa telah menghina rakyat Kelantan.

Semuanya gara-gara rakaman video dalam laman Instagram Caprice yang didakwa memperlekehkan rakyat Kelantan kononnya secara tiba-tiba tahu serta faham berbahasa Inggeris berikutan kehadiran begitu ramai pada program ceramah Zakir di Stadium Muhammad IV, Kelantan baru-baru ini.

Bagaimanapun, setelah laporan itu dibuat, Caprice telah tampil dengan permohonan maaf kepada rakyat Kelantan.

Caprice dalam permohonan maaf itu menyifatkan hantaran seorang pemilik akaun Instagram yang memaparkan kenyataan beliau itu sebagai bersifat melaga-lagakan kerana rakaman video dimuat naik tidak sepenuhnya selain tanpa penjelasan.

Dalam pada itu, Mohd. Nor menyifatkan tindakan Caprice itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat Kelantan.

“Sehubungan itu, kami memohon pihak polis untuk melakukan siasatan berhubung perkara ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya perkara hasutan untuk membenci rakyat Kelantan tidak berlaku lagi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Bahasa InggerisCapricelaporan polispenyanyi raprakyat kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

Mahkamah Rekod Perintah Persetujuan Caprice Turunkan, Tarik Balik 9 Kenyataan Terhadap Murad Zaidi

Mahkamah Rekod Perintah Persetujuan Caprice Turunkan, Tarik Balik 9 Kenyataan Terhadap Murad Zaidi

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini merekodkan perintah persetujuan membabitkan pempengaruh media sosial, Caprice, untuk segera menurunkan serta menarik balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd