• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pengguna Twitter Dakwa Nora Anne Dirogol

oleh
16/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol Orang Asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban ketika dia hadir untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

“Dia telah ditangkap pukul 7 malam tadi di IPD Seremban. Kes diserah kepada Ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Semalam, beliau memaklumkan polis sedang mengesan pemilik akaun Twitter yang memuat naik ciapan mendakwa remaja Ireland itu yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di sini sejak 4 Ogos lalu dirogol oleh Orang Asli.

Mayat Nora Anne ditemui kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Gadis yang mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari resort The Dusun Pantai Hill di sini pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya.

Semasa kejadian, mangsa tidur dalam bilik bersama Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8, sebelum adiknya mendapati gadis tersebut sudah tiada kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa bersama ahli keluarganya tiba di resort berkenaan pada pukul 7 pagi, 3 Ogos lalu.

Hasil bedah siasat keatas mayat Nora Anne di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini Rabu lalu mendapati gadis tersebut meninggal dunia akibat usus bocor disebabkan tidak makan untuk tempoh yang panjang. 

Tags: IrelandkehilanganNora Anne Quoirinremajarogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd