• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Dong Zong

oleh
15/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, setakat ini polis menerima enam laporan menggesa Dong Zong diharamkan.

“Kita sudah buka kertas siasatan dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) (D5) Bukit Aman.

“Berdasarkan hasil siasatan itu, kita akan putuskan berkenaan status Dong Zong,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Menurutnya, dalam melengkapkan siasatan berkenaan polis akan memanggil ahli Dong Zong untuk dirakam percakapan.

“Namun saya belum dimaklumkan sehingga kini sama ada sudah ada yang dipanggil atau belum,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa satu program di Sepang berkata, terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada Dong Zong perlu diharamkan atau tidak.

Dr. Mahathir berkata, kumpulan itu menentang undang-undang jika ia terus mendorong dan menghasut rakyat supaya bergaduh antara satu sama lain.

“Kita ada kebebasan bersuara tetapi sentiasa bersikap sensitif mengelak daripada menghasut rakyat pelbagai kaum untuk bergaduh antara satu sama lain.

“Tapi, Dong Zong hanya bercakap untuk satu kaum dan lupa bahawa ini adalah negara pelbagai kaum,” katanya.

Dong Zong sebelum ini lantang menyuarakan bantahan terhadap pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular. – Sinar Harpan

Tags: cinadiharamkanDong ZongPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd