• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi Zyn Nakal Didenda RM2,800

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG JAYA – Penyanyi Zyn Nakal didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan mendatangkan cedera terhadap seorang lelaki warga Bangladesh dan menghalang penjawat awam di sebuah stesen minyak di sini Rabu lalu. 

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali, menjatuhkan hukuman itu terhadap Zyn Nakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 20, selepas penyanyi itu mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. 

Bagi pertuduhan pertama mendatangkan cedera tertuduh didenda RM800 manakala untuk pertuduhan kedua tertuduh didenda RM2,000. 

Mahkamah turut memerintahkan, Zyn Nakal yang popular dengan lagu Terbang itu dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda tersebut dan tertuduh membayarnya. 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mendatangkan kecederaan terhadap lelaki warga Bangladesh Ahmad Mostak yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam seorang anggota polis Lans Koperal Muhammad Safuan Amiruddin dengan tidak menunjukkan kad pengenalan bagi tujuan pemeriksaan. 

Bagi pertuduhan kedua itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duaya sekali jika sabit kesalahan. 

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan  masing-masing pukul 3 petang dan 3.30 petang di Stesen Minyak Petronas Pandan Prima (MRR2) Ampang di sini pada 28 Ogos lalu. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S.Sangitaa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh. 

Bagaimanapun, Zyn Nakal yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap kerana hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer. 

Hari ini Kosmo! melaporkan seorang penyanyi menumbuk dan memaki hamun seorang pekerja sebuah stesen minyak selepas mangsa dipercayai enggan menerima kaedah bayaran pembelian minuman yang mahu dibelinya menggunakan kad kredit di sini kelmarin. 

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, penyanyi lelaki berusia 21 tahun terbabit turut menghalang tugas penjawat awam dengan mempertikaikan kuasa anggota polis ketika diminta menunjukkan MyKad miliknya bagi tujuan siasatan. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, ketika kejadian, mangsa, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun yang merupakan pekerja stesen minyak tersebut berada di kaunter.

Menurutnya, penyanyi terbabit yang tidak berpuas hati dengan mangsa telah menumbuk dada lelaki warga asing terbabit.

Suspek kemudiannya menarik baju serta memaki hamun warga asing berkenaan dengan perkataan yang tidak senonoh.

Noor Azmi memberitahu, anggota polis yang tiba kira-kira lima minit kemudian telah memeriksa sebuah kereta yang dinaiki suspek bersama seorang lagi lelaki.

Bagaimanapun katanya, suspek dengan nada yang marah juga telah mempertikaikan kuasa polis untuk mendapatkan kerjasama dengan menunjukkan MyKad miliknya bagi tujuan siasatan. – K! ONLINE

Tags: dendaKomposerpenyanyizyn nakal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd