• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Bunuh Kejam 3 Beranak Ke Tali Gantung

oleh
16/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pembunuhan kejam tiga beranak di sebuah rumah di Bertam Malim di sini pada tiga tahun lalu akhirnya terbela apabila Mahkamah Tinggi Melaka menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pelakunya hari ini. 

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Luqman Hadi Mustapa, 31.

Mengikut pertuduhan satu hingga ketiga, Luqman Hadi didakwa telah membunuh Hassan A. Wahab, 70; isterinya, Mariah Baharin, 62, dan anak lelaki pasangan itu, Mohammad Taufeq, 22.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Tertuduh juga didakwa bagi pertuduhan keempat dan kelima atas kesalahan telah melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan dua lagi anak pasangan tersebut, Noor Haslinda Diyana, 27, dan Nur Aqedah Aeina, 24, yang mana sekiranya menyebabkan kematian tertuduh akan bersalah bagi kesalahan membunuh.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh antara pukul 5.50 pagi hingga pukul 6.15 pagi di dalam sebuah rumah di Bertam Malim pada 25 Ogos 2016.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, di akhir pembelaan tertuduh telah memilih untuk berdiam diri dan mahkamah telah menggunakan laporan psikiatrik merangkumi kombinasi penilaian klinikal dan neuropsikologi untuk membuktikan tertuduh berada dalam keadaan tidak cukup akal melakukan perbuatan bunuh.

“Bagaimanapun semua perbuatan tertuduh tidak konsisten dengan orang tidak siuman dan menunjukkan belas kasihan kepada orang disayangi iaitu neneknya yang tidak dicederakan.

“Mahkamah menolak pembelaan insanity tertuduh, sekali gus pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan satu hingga tiga iaitu hukuman gantung sampai mati.

“Bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad, Nabilalif Mohd Rosli dan Mazuin Hashim mengemukakan seramai 25 saksi sepanjang perbicaraan bermula 22 Oktober 2018.

Sementara itu Peguam Azrul Zulkifli Stork, Fahmi Sulaiman dan Lim Kah Ee yang mewakili tertuduh mengemukakan hanya seorang saksi.

Media pada 26 Ogos 2016 melaporkan sepasang suami is­teri dan anak lelaki mereka dikelar sehingga mati oleh seorang penganggur dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim.

Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan kecederaan akibat dikelar di bahagian tangan, bahu dan kepala.

Dua lagi anak perempuan pasangan tersebut iaitu turut mengalami kecederaan parah di kepala akibat dikelar oleh suspek yang sama.

Difahamkan tertuduh merupakan anak angkat kepada pasangan suami isteri tersebut dan tinggal serumah dengan kesemua mangsa.

Tags: Hukuman Gantungkes bunuhPenganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nora Anne: Perancis Rakam Penghargaan Kepada Malaysia

Next Post

Polis Tahan Pengguna Twitter Dakwa Nora Anne Dirogol

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

Next Post

Polis Tahan Pengguna Twitter Dakwa Nora Anne Dirogol

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd