• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu ADUN Balakong Terima Sampul Berisi Senjata Tajam

oleh
21/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah senjata tajam daripada individu tidak dikenali disyaki mempunyai kaitan dengan kempen bantah tulisan Jawi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berkenaan daripada lelaki berusia 42 tahun itu pada 5.15 petang semalam, memaklumkan menerima sampul surat yang dialamatkan ke rumahnya di Kajang.

Beliau berkata pembantu ADUN berkenaan tidak pasti atau mengenali individu yang menghantar sampul surat itu kerana tidak pernah menerima sebarang ugutan sebelum ini.

“Bagaimanapun, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Md Fahrul Afifi di talian 014-3700870.

Ahmad Dzaffir mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Saya menyeru masyarakat supaya tidak membuat kenyataan yang boleh membangkitkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan permusuhan dengan niat jahat,” katanya.

Tags: Adun Balakongsampul suratsenjata tajamtulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

30/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Pertunjukan dron yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini sempena sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 Johor...

“Orang Muda Dah Tak Reti Tulis Jawi”

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd