• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Sahkan Memo Larangan Bersolat Betul

oleh
01/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Pekerja sebuah kilang plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar mengesahkan bahawa memo larangan dan denda RM500 jika solat adalah benar.

Pengesahan itu sekaligus bertentangan dengan penafian yang dibuat pengurusan syarikat terbabit kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar.

Bagaimanapun, jelas pekerja yang enggan namanya didedahkan itu, selepas memo tersebut diedarkan dan menjadi isu, pihak pengurusan syarikat telah menukar waktu rehat bagi menyelesaikan hal tersebut.

“Memo berkenaan memang sah tetapi ia sudah diselesaikan, hal ini terjadi kerana wujud salah faham berikutan pengurus syarikat bukan beragama Islam tidak memahami waktu solat umat Islam.

“Wakil pekerja beragama Islam sudah berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat dan perkara ini dianggap selesai,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia pagi ini melaporkan memo dalam dwi bahasa tersebut menimbulkan kemarahan banyak pihak tetapi Mohd. Fakhrulrazi yang juga wakil rakyat parti Amanah menerusi kenyataan menafikan perkara tersebut berlaku selepas berhubung dengan pihak pengurusan syarikat.

ADUN Meru itu juga mencadangkan kepada pihak kilang agar membuat laporan polis jika memo tersebut satu perbuatan sabotaj.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak syarikat itu sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi. – UTUSAN ONLINE

Tags: Ibadah solatislamkilang plastikMuslimselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd