• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paul Yong Umum Bercuti, Fokus Perbicaraan Kes Rogol

oleh
26/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong hari ini memaklumkan akan bercuri daripada menjalankan tugas-tugas rasminya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak.

Choo Kiong berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai keputusan tersebut.

“Sebagai seorang ahli politik, saya perlu meletakkan kepentingan kerajaan negeri melebihi kepentingan peribadi.

“Selepas meneliti situasi terkini, saya mengambil keputusan untuk bercuti sementara bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perbicaraan mahkamah bagi membersihkan nama saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Choo Kiong, beliau akan mengarahkan peguamnya untuk memohon kepada mahkamah bagi mendapatkan tarikh perbicaraan agar dia dapat membersihkan nama sekali gus membuktikan dia tidak bersalah secepat mungkin.

Katanya, beliau masih akan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh seperti biasa.

“Saya yakin fitnah ini merupakan suatu komplot jahat yang bermotifkan politik dan pertuduhan bersifat jahat ini telah menyebabkan kesusahan terhadap rakan sekerja, ahli keluarga dan juga diri saya,” katanya.

Choo Kiong berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol wanita Indonesia yang me­rupakan pembantu rumahnya Julai lalu.  

Choo Kiong bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu.

Tags: Exco Perakkes rogolpaul yong choo kiongpembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd