Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Suami Curang Tembak Isteri...

TRAGIS… Seorang anggota tentera telah ditangkap selepas dia menembak mati isterinya yang sedang mengandung...

Gaji Permulaan Terendah Sektor...

KUALA LUMPUR - Gaji permulaan terendah Perkhidmatan Awam yang baharu, iaitu bermula RM1,200...

Tak Sah Solat Tarawih...

PUTRAJAYA - Solat tarawih tidak dibenarkan dilakukan secara dalam talian ketika pelaksanaan Perintah...

Jokowi Rombak Kabinet Hujung...

JAKARTA : Isu rombakan Kabinet Joko Widodo (Jokowi) kembali bertiup kencang selepas tersebar...

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR – Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana ia pertama kali diadakan ketika Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kira-kira 39 tahun lepas pameran itu disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Almarhum Tengku Hajah Afzan Tengku Muhammad yang merupakan bonda Al-Sultan Abdullah.

“Idea untuk mengadakan Pameran Raja Kita ini tercetus ketika kerajaan merancang untuk melaksanakan Istiadat Pertabalan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7.

“Hari ini giliran Seri Paduka Baginda Tuanku pula merasmikan Pameran Raja Kita,” katanya pada majlis perasmian Pameran Raja Kita yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah di Muzium Diraja, Jalan Istana di sini.

Turut berangkat pada majlis itu yang bertempat di Istana Negara lama ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sebelum ini, Pameran Raja Kita telah diadakan di Muzium Negara.


Ini merupakan yang ketiga pameran itu berlangsung di Muzium Diraja yang merupakan Istana Negara Lama selepas pertama kali dianjurkan sempena pertabalan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 2011.

Mohamaddin berkata lebih 150 artifak dan koleksi dari Istana Negara, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Istana Pahang, Perbadanan Muzium Pahang, Arkib Negara dan Jabatan Muzium Malaysia dipamerkan mulai hari ini hingga 5 November.

Pelbagai aktiviti pendidikan seperti Bicara@Muzium, Bicara Galeri serta bengkel yang berkaitan institusi diraja turut akan diadakan sepanjang tiga bulan pameran itu berlangsung.

Kategori