Friday, September 20, 2024

Creating liberating content

54 Individu Ditahan Kerana...

MIRI - Polis menahan 54 individu termasuk lima warga asing atas sebab kesalahan...

AS-China Bersetuju Batalkan Tarif...

WASHINGTON - China dan Amerika Syarikat bersetuju untuk membatalkan tarif yang dikenakan ke...

MAIK Meterai Perjanjian Sebagai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan Majlis Agama Islam dan...

Lufya Bagi Anak Pakai...

HANYA kerana memakaikan tudung kepada bayinya yang baru berusia enam bulan, pelakon Lufya...

Malapetaka Sukan Tanah Air

1. Baru-baru ini, Ketua Pemuda Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM, Saudara Shahir Adnan menggesa YB Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq untuk bersikap adil dan rasional demi menyelamatkan sukan negara daripada terus membuat lantikan politik di Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Kemudian, Ketua Pemuda DAP Malaysia mengeluarkan kenyataan berhubung isu pelantikan 13 orang ketua bahagian Armada sebagai pegawai penyelaras pembangunan sukan KBS Negeri dilihat ibarat melepaskan tengkuk dan mementingkan diri. YB Howard menyatakan bahawa pelantikan mereka tidak dibincangkan di peringkat Pemuda PH. Adakah perlantikan ini memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan? Adakah mereka yang dilantik ini mempunyai pengetahuan jelas dalam pengurusan dan kebajikan atlet-atlet?

2. Pelantikan kontroversi ini telah menimbulkan pelbagai pertikaian dari pelbagai pihak kerana PH menjanjikan kerajaan telus sebelum berjaya menumbangkan legasi kerajaan terdahulu Barisan Nasional pada Pilihan Raya yang lepas. YB Howard yang juga merupakan Exco Belia Dan Sukan Negeri Perak menyatakan pelantikan ini akan lebih memberi tumpuan ke arah sukan Paralimpik memandangkan kejohanan sukan Paralimpik yang bakal berlangsung di Tokyo pada Ogos tahun hadapan.

3. Persoalan yang timbul bermain di fikiran saya, apakah dengan pelantikan 13 orang ketua bahagian Armada dari Parti PPBM ini mampu untuk menjaminkan kejayaan kontijen Paralimpik sedangkan pengurangan atlet Paralimpik di Negeri Perak sendiri dan isu Jabatan Belia dan Sukan Perak (JBSP) disaman oleh atlet Paralimpik sedang rancak berlaku ketika ini. Penambahan demi penambahan kakitangan dalam pengurusan KBS yang dilakukan tidak mendatangkan manfaat terhadap prestasi sukan Paralimpik, tambahan pula mereka yang dilantik tidak ada pengetahuan kukuh dalam sukan Paralimpik. Jika ditanya kepada mereka jenis kategori yang dipertandingkan dalam Paralimpik pun silap-silap mereka tidak boleh menjawab apatah lagi hendak menguruskan bidang yang mereka sendiri tiada pengetahuan mengenainya.

4. Saya percaya pelantikan kontroversi ini akan diteruskan juga memandangkan Menteri Belia Dan Sukan sendiri telah bersetuju mengenainya. Namun apa yang boleh saya katakan disini, ianya satu pelaburan yang tidak cerdik kerana Menteri Belia sedang melabur wang rakyat pada kakitangan pengurusan sedangkan sepatutnya pelaburan tersebut adalah lebih baik jika fokus terhadap memantapkan lagi prestasi atlet. Itu lebih penting kerana yang akan bermandi peluh bermatian-matian di dalam gelanggang ialah atlet dan bukannya 13 orang ketua bahagian armada ini.

5. Pakatan Harapan jelas memperlihatkan kepada rakyat bahawa mereka sedang gila kuasa. Tidak cukup dengan memegang tampuk pemerintahan Negara dan beberapa isu perebutan kuasa dalam parti. Kini mereka sedang mengundangkan mimpi ngeri atlet-atlet Negara dan juga peminat sukan tanahair menjadikan kenyataan dengan memasukan sentiment politik dalam sukan tanah air menjadi realiti. Ternyata kerajaan Pakatan Harapan kini sedang menghancurkan Negara sedikit demi sedikit tidak cukup dengan masalah ekonomi negara yang semakin merudum malah ketika ini mereka sedang mengalihkan perhatian untuk meranapkan pula impian menggapai pingat emas Olimpik pertama Negara.

6. Dewan Pemuda Ikatan Negeri Perak menggesa polemik dan isu lantikan politik dalam mana-mana kementerian dihentikan segera. Penyalahgunaan kuasa jelas berlaku tidak seperti janji yang dilaung-laungkan kerajaan semasa mula-mula mengambil alih kerajaan. Dimanakah ketelusan kerajaan Pakatan Harapan yang dicanangkan kepada rakyat sebelum ini? Perlu diingatkan rakyat memerhati dan rakyat akan menghukum kerajaan Pakatan Harapan jika apa yang dijanjikan sebelum diingkari dan tidak ditunaikan.


Selamatkan Kembali Malaysia!

#SelamatkanKembaliMalaysia #SaveMalaysiaAgain #PemudaMemimpin

Mohammad Amirul Saharuddin
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Perak

Kategori