• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makmal Proses Syabu Di Mersing Digempur

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebuah bangsal dipercayai beroperasi sebagai makmal memproses dadah jenis syabu di Kampung Pengkalan Batu, Mersing digempur polis dalam satu operasi yang dilakukan Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, tiga lelaki tempatan berusia berusia 32 hingga 52 tahun turut ditahan.

“Ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing mendapati mereka semua negatif daripada pengaruh dadah.

“Kita sedang menjalankan siasatan dan berdasarkan profesion kerjaya masing-masing, kita percaya mereka bukan juru kimia untuk meramu bahan terlarang ini.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan terdapat saki baki suspek lain yang terlibat dengan kegiatan tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam bangsal berkenaan menemui kira-kira 212.12 kilogram bahan mentah dadah dan beberapa botol kimia dipercayai ramuan syabu bernilai RM350,000.

“Bahan yang dirampas ialah cecair warna coklat dipercayai dadah mentah (186.70 kilogram), meth oil (11.60 kilogram), ephedrine (2.02 kilogram) dan red phosphorus (11.80 kilogram).

“Selain itu, kita juga menemui 10 botol sodium hidroksida, sebotol asid asetik, lima botol asid hidroklorik dan dua botol larutan etanol,” katanya.

Sementara itu, Mohd Kamarudin berkata, modus operandi digunakan sindiket berkenaan adalah bersembunyi di tempat terpencil dan jauh daripada orang ramai untuk mengelakkan mudah dikesan.

“Bangsal ini terletak dalam kawasan ladang penternakan lembu yang kami percaya sebagai modus operandi untuk sembunyi daripada pengetahuan masyarakat dan pihak berkuasa.

“Kebiasaannya jika ada kegiatan memproses dadah, ketika mereka masak bahan-bahan ini, bau yang kuat akan dikeluarkan, kawasan jauh daripada orang ramai ini dilihat sesuai,” katanya.

Tambahnya, dalam operasi sama, beberapa kelengkapan memproses dadah, barang kemas dan tiga kenderaan dianggarkan bernilai RM250,000 turut dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala semua suspek sudah diarahkan menjalani perintah reman selama tujuh hari sehingga 3 September depan. – Sinar Harian

Tags: makmal dadahMersingpolisSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd