• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Jokowi Diharap Selesai Isu Malaysia-Indonesia

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia, lawatan pertama beliau ke luar negara selepas dipilih semula bagi penggal kedua dalam Pilihan Raya Presiden pada 17 April lepas, diharapkan dapat mencari penyelesaian pelbagai isu membabitkan kedua-dua negara yang telah lama berlarutan.

Pihak berkepentingan di Malaysia dan Indonesia berharap lawatan pertama Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dapat mencari jalan penyelesaian pelbagai isu bersama di samping terus mengukuhkan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Jakarta.

Paling ketara adalah berkaitan tenaga kerja Indonesia di Malaysia, isu yang telah lama dibincangkan dalam pelbagai mesyuarat dan perjumpaan peringkat tertinggi tetapi masih tiada penyelesaian, selain kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

Wakil komuniti sekolah agama, yang juga Setiausaha Agung Himpunan Alumni Karangdurin (Himaka) Malaysia, Cholis Weibi berkata, hubungan pasang surut dua negara berjiran itu bakal mempunyai kemajuan luar biasa jika pelbagai isu membabitkan pekerja Indonesia dapat dinoktahkan dalam lawatan kerja Jokowi itu.

“Pergeseran dalam isu itu adalah biasa. Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, ia bertambah baik. Saya percaya, ia pasti bisa menemui kemajuan jika diselesaikan. Karena saya lihat pemerintahan kedua-dua negara menggunakan pendekatan sangat baik dalam menyelesaikan apa-apa masalah.

“Kita dapat lihat komunikasi semakin baik dalam hubungan dua hala ini. Malah saya percaya, ia akan bertambah erat karena kita serumpun dan punyai budaya, pakaian, makanan kita seakan mirip dan sama antara satu sama lain,” katanya kepada Bernama.

Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam berkata, Jokowi akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini yang dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia akrab antara Malaysia dan Indonesia.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Patriot Negara Malaysia, Mohd Al Iman Zakaria, beliau percaya lebih banyak perbincangan dan perkongsian perlu diadakan di peringkat institusi pengajian tinggi swasta dan awam membabitkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan isu pekerja asing.

Tegasnya, input dari perbincangan dan perkongsian itu dapat diguna pakai kepimpinan dan pentadbiran kedua-dua negara dalam mencari penyelesaian selain merangka langkah ke depan bagi mengelakkan masalah bersama berulang pada masa hadapan.

“Kami percaya, ini antara langkah menyelesaikan pelbagai isu membabitkan Kuala Lumpur-Jakarta yang selama ini mungkin tidak ditangani dengan baik dan sempurna,” katanya.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Indonesia Dr. Mahbubi Ali pula berkata, Jakarta perlu memanfaatkan kepakaran dimiliki Malaysia dalam perbankan Islam dengan berkongsi pengalaman dan tenaga mahir bersama untuk lebih dikenali.

Ketua Unit Ekonomi, Kewangan, Awqaf dan Zakat yang juga Rakan Penyelidikan di Institut Kajian Tinggi Islam Antarbangsa (IAIS) Malaysia itu berkata, aspek ini jarang disentuh kedua-dua pentabdiran dan ia penting untuk mengetengahkan kepakaran yang ada dan menjadi rujukan negara Islam lain setanding dengan Timur Tengah.

“Mungkin dari sisi ekonomi, kita perlu ke depan sebagai satu rantau dan sama-sama menubuhkan regional centre sehingga ASEAN boleh jadi rantau yang dihormati dunia seperti Kesatuan Eropah. Ia akan memantapkan posisi ASEAN dan Asia dalam konteks kewangan Islam. Malaysia dan Indonesia boleh mulakan kerjasama sebagai permulaan langkah ini,“ katanya.

Jokowi, yang diiringi isterinya, Iriana Joko Widodo diberi sambutan rasmi hari ini di Dataran Perdana, Putrajaya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Jokowi akan mengadakan pertemuan untuk berbincang mengenai isu dan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.

Indonesia adalah rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di peringkat global dan yang ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN selepas Singapura dan Thailand.

Pada 2018, jumlah perdagangan dua hala yang direkodkan adalah RM72.02 bilion (AS$17.85 billion), meningkat 7.4 peratus berbanding RM71.51 bilion (AS$16.62 billion) pada 2017.

Tags: Joko WidodoJokowiMalaysiapresiden indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

25/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama politik, perundangan dan keselamatan serantau bagi memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang...

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan rundingan perjanjian perdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd