• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kylie Jenner Sambut Hari Lahir Atas Kapal Equanimity

oleh
05/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUTAWAN, model dan bintang realiti televisyen dari Amerika Syarikat, Kylie Jenner akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 di atas kapal Equanimity akhir bulan ini.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, TMZ, Kylie yang juga pengasas Kylie Cosmetics menyewa kapal tersebut yang kini dijenamakan semula sebagai Tranquility.

Kylie menyambut hari lahirnya 10 Ogos ini.

Portal itu melaporkan, kepal tersebut boleh menampung kira-kira 22 tetamu dan 29 kru namun tidak dimaklumkan siapa yang akan berlayar bersama Kylie pada majlis tersebut.

Difahamkan caj dikenalkan untuk pelayaran di atas kapal tersebut ialah sekitar AS$1.2 juta atau bersamaan RM5.1 juta seminggu.

Kapal Equanimity sebelum ini adalah milik individu kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low sebelum dirampas oleh kerajaan Malaysia kerana kapal tersebut merupakan salah satu barang mewah yang disita sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengubahan wang haram dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kapal mewah sepanjang 91.5 meter itu turut dilengkapi kolam renang dan pad pendaratan helikopter.

Pada Februari 2018, kapal tersebut ditahan di Bali oleh pihak berkuasa Indonesia atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas skandal 1MDB.

Kerajaan Indonesia kemudian menyerahkan kapal itu ke Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu.

Pada April lalu, Genting Malaysia Berhad membeli kapal mewah itu dengan harga AS$126 juta (RM514.14 juta).

Kapal itu, yang dinamakan semula Tranquility membuat pelayaran pertama pada 5 Jun dari pangkalan luar pesisir Loyang di Singapura dan tiba di Colombo pada 8 Jun. – Sinar Harian

Tags: 1MDBJho LowKapal EquanimityKapal TranquilityKylie Jenner
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

Jho Low Bakal Terima Pengampunan Dari Trump?

Jho Low Bakal Terima Pengampunan Dari Trump?

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dilaporkan berpotensi menerima pengampunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd