• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Subsidi Petrol Bersasar B40 Diumum Masa Terdekat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan subsidi petrol bersasar yang dijanjikan kepada golongan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, satu kertas bersama telah dimuktamadkan oleh kementeriannya dan Kementerian Kewangan untuk dibentangkan kepada jemaah menteri.

Katanya kertas bersama itu dimuktamadkan dalam satu pertemuan yang beliau hadiri bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta pegawai kanan di dua kementerian itu semalam.

“Dalam masa terdekat ini, ia akan dibentang kepada jemaah menteri untuk diberi lampu hijau jika jemaah menteri berpuas hati dan jika tidak berpuas hati akan ada pembetulan.

“Jika jemaah menteri berpuas hati, kerajaan akan mengumumkan secara rasmi pelaksanaannya merangkumi seluruh negara dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Seminar Katakan Tidak Kepada Tipuan Bida anjuran Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.

Pengerusi MyCC Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus turut hadir pada seminar julung kali diadakan oleh suruhanjaya itu.

Saifuddin Nasution diminta mengulas berhubung Bajet 2019 dibentangkan oleh Lim pada November tahun lepas menyatakan pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Mengenai penyalahgunaan Permit Kelulusan (AP) diberikan untuk mengimport kubis bulat yang menimbulkan isu persaingan dan menyebabkan harga sayur meningkat, Saifuddin Nasution berkata, laporan dapatan kajian pasaran sektor makanan dikendali MyCC itu akan dibentangkan kepada jemaah menteri.

Katanya, ia akan disusuli dengan tindakan termasuk penambahbaikan mana-mana agensi dan kementerian dalam urusan import kubis bulat itu.

“Ia bukan satu pembentangan sahaja menerusi hasil dapatan kajian oleh MyCC yang mengambil masa sembilan bulan itu tetapi disusuli dengan tindakan,” katanya.

Pada Selasa lepas, beliau merasmikan terbitan dapatan Kajian Pasaran Sektor Makanan itu di Kuala Lumpur.

Tags: B40RON95Saifuddin Nasutionsubsidi petrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Orang Buat Rasuah Tidak Dapat Pahala, Tolong Orang Terlibat Rasuah Pun Tidak Dapat Pahala’ – Saifuddin Nasution

‘Orang Buat Rasuah Tidak Dapat Pahala, Tolong Orang Terlibat Rasuah Pun Tidak Dapat Pahala’ – Saifuddin Nasution

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan individu yang melakukan rasuah tidak mendapat pahala, begitu...

Kesetiaan Kepada Institusi Raja Tidak Membawa Makna Kita Boleh Mengabaikan Persoalan Undang-Undang – Saifuddin Nasution

Kesetiaan Kepada Institusi Raja Tidak Membawa Makna Kita Boleh Mengabaikan Persoalan Undang-Undang – Saifuddin Nasution

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesetiaan kepada institusi Raja tidak bermakna persoalan undang-undang boleh diabaikan, manakala mempertahankan kedaulatan undang-undang pula bukan bererti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd