• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumpa Mayat Berbungkus Dalam Beg

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Mayat seorang lelaki berbungkus di dalam beg pakaian ditemui di Jalan 3 Pandan Industri Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh orang awam kira-kira jam 8.52 pagi.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi mendapati terdapat satu beg pakaian berwarna biru berbungkus dengan sepasang kaki terkeluar daripada beg tersebut.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian itu berada di dalam beg berwarna biru gelap berjenama Burak dalam keadaan berikat dengan kabel wayar.

“Siasatan juga mendapati tiada sebarang tanda pergelutan di lokasi kejadian dan usaha mengenal pasti identiti mangsa masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat dijerut pada bahagian leher.

Selain itu katanya, terdapat kesan lebam di bahagian hadapan dan belakang badan mangsa.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian atau mengecam kain serta beg tersebut boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Saiful Azhar Rahim di talian 011-12116458.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tags: beg pakaiankes bunuhMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd