• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Nekad ‘Langgar’ Mahathir Dalam Mesyuarat Kabinet

oleh
15/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemimpin DAP dilihat semakin nekad untuk ‘melanggar’ Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beberapa menteri bertindak membangkitkan tiga isu hangat dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung siang tadi.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, tiga perkara yang disuarakan itu melibatkan pengajaran tulisan khat dan jawi, isu Lynas serta desakan agar Malaysia menghantar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik ke negara asalnya.

“Sudah nekad benar nampaknya pemimpin DAP mahu ‘melanggar’ Dr. Mahathir dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Akan berjayakah menteri-menteri DAP mempengaruhi ahli-ahli Kabinet lain supaya menyokong agenda mereka?” katanya menerusi satu tulisan di portal HarakahDaily hari ini.

Menurut Kamarul Zaman lagi, beliau percaya tindakan yang dilakukan pemimpin DAP dalam mesyuarat tertinggi kerajaan itu kerana bertujuan untuk mengubah hala tuju politik negara.

“Sama ada DAP menang atau kalah hari ini, yang pasti ialah kenekatan mereka akan mengubah hala tuju politik negara,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menyatakan pendirian mereka agar pendakwah dari India, Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan tinggal di negara ini.

Dua menteri dari DAP itu dalam satu kenyataan bersama berkata, pendirian itu telah disuarakan kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Selain isu Zakir, pengenalan tulisan khat dan jawi serta isu Lynas semakin memperlihatkan percanggahan ketara antara pimpinan parti komponen Pakatan Harapan (PH). – Sinar Harian

Tags: DAPKamarul Zaman YusoffMahathir Mohamadmesyuarat kabinet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd