• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Minta Kerajaan Semak Semula Gaji Penjawat Awam

oleh
05/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memberikan pertimbangan untuk menyemak semula gaji penjawat awam di seluruh negara.

Timbalan Presidennya, Zainal Ismail berkata semakan semula gaji penjawat awam sepatutnya dilakukan setiap tiga tahun tetapi mengakui ia tidak dapat dilakukan selepas semakan terakhirnya pada 2012-2013 berikutan perubahan kerajaan pusat selepas pilihan raya umum lepas.

“Kerajaan hendaklah beri pertimbangan wajar terhadap semakan semula gaji ini, terutama kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan agensi penguatkuasaan yang merupakan barisan hadapan kepada perkhidmatan awam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam Polis Kontinjen Sarawak 2019 bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Azman Yusof di Pustaka Negeri di sini hari ini.

Perhimpunan itu juga menyaksikan majlis pelancaran nama baru Kesatuan Pegawai Awam Polis Sarawak (KPAPS) yang telah dirasmikan oleh Azman Yusof ​​​​dan turut dihadiri Presiden KPAPS, Sapawi Hamdan.

Zainal berkata semakan semula gaji dan juga elaun penjawat awam terutama elaun wilayah dan elaun perumahan wilayah akan menjadi perhatian pihaknya pada perbincangan dengan kerajaan selepas ini.

“Cuepacs mohon perbincangan ini diadakan secepat mungkin. Kalau boleh dalam bajet akan datang ini (2020) ia diberikan perhatian sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan meminta kerajaan memberi kenaikan pangkat kepada penjawat awam biasa berasaskan “time base” iaitu selepas 10 tahun berkhidmat dan bukannya selepas 13 atau 15 tahun perkhidmatan yang dianggap terlalu lama.

“Sekurang-kurangnya penjawat awam yang akan bersara itu akan bersara dalam gred yang lebih tinggi.

“Selain itu, kita juga akan berbincang supaya pihak kerajaan memberi penekanan kepada penyelenggaraan dan menggantikan aset serta kemudahan di seluruh negara terutamanya di kuarters dan kenderaan di agensi yang sudah daif,” tambahnya.

Tags: CuepacsGajiPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd