• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Jam Selamatkan Gajah Terperangkap Dalam Lombong Emas

oleh
21/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengambil masa hampir enam jam bagi menyelamatkan lima ekor gajah yang terperangkap di dalam lombong emas tinggal di Pekan dekat sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Pahang Rozaidan Md Yasin berkata, operasi dilakukan oleh pegawai jabatan itu dari daerah Muadzam Shah, Rompin yang menerima maklumat empat gajah dewasa dan seekor anak gajah terperangkap di Runchang, pada pagi semalam.

“Empat pegawai yang membuat semakan di lokasi kejadian mendapati gajah itu tidak dapat keluar dipercayai kerana kawasan lombong yang berlumpur.

“Kami terpaksa meminta bantuan daripada syarikat perlombongan berhampiran bagi menggunakan excavator mereka untuk mengorek dan membuat laluan keluar kepada gajah tersebut,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Rozaidan berkata, kesemua gajah itu berjaya dikeluarkan sekitar 6 petang dan didapati berada dalam keadaan baik.

Gajah itu kemudiannya meneruskan perjalanan masuk ke hutan berhampiran, katanya.

Rakaman video operasi menyelamatkan gajah itu yang berdurasi 3 minit 43 saat dimuat naik di laman Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia pada 12 jam lalu, dan setakat pagi ini, ditonton 233,000 orang.

Sebanyak 1,200 komen diterima daripada pengunjung laman sosial itu yang berterima kasih dan memuji kesungguhan pegawai berkenaan membantu mengeluarkan gajah tersebut.

Tags: gajahlombong emasPahangPerhilitan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd