• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Banyak Jasa Najib Untuk Komuniti Cina

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Datuk Seri Najib Razak banyak ‘mengeluarkan’ belanja sekaligus menaburkan jasa kepada masyarakat Cina di negara ini dalam pelbagai aspek.

Malah, bekas Setiausaha Politik Najib, Datuk Wong Nai Chee yang merupakan saksi pendakwaan ke-5 itu berkata demikian ketika perbicaraan kes dihadapi bekas perdana menteri itu berkaitan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) membabitkan dakwaan penyelewengan sebanyak RM2.3 bilion.

Nai Chee juga disoal tentang cek bernilai RM246,000 yang dikaitkan dengan dakwaan pengubahan wang haram yang dikendalikan olehnya untuk diberikan kepada pemimpin komuniti Cina, Tan Sri Lim Soon Peng.

Saksi yang juga Ahli MCA dan pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan cek itu kemudian diberikan kepada Soon Peng bagi dibayar kepada AD Network dan Akademi Kewartawanan & Informasi Taima (AKIT).

“Bayaran melalui cek itu disalurkan ke AD Network yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran laman sosial bekas Perdana Menteri itu dalam Bahasa Cina.

“Wang itu juga akan digunakan bagi bayaran kepada AKIT untuk penerbitan akhbar Cina, Chinese Weekly bagi membolehkan penyampaian berita tepat kepada masyarakat itu.

“Bagaimanapun, cek itu dikeluarkan atas nama Soon Peng yang diamanahkan untuk dibayar oleh kedua pihak terbabit,” katanya ketika di soal oleh pihak pendakwaan hari ini.

Ketika menerangkan tentang cek tersebut, kata Nai Chee, pembayaran itu juga untuk membantu membiayai propaganda pro Barisan Nasional dalam talian yang disasarkan kepada kepada pengundi Cina dengan salah satu laman sosial dinamakan ‘Ah Jib Gor’ atau Abang Najib.

Nai Chee yang telah berkhidmat sebagai setiausaha politik Najib sejak tahun 2011 hingga Mei tahun lalu dan hanya mula mengenali Soon Peng selepas memegang jawatan itu.

“Kami pernah berjumpa untuk membincangkan isu berkaitan politik, kegiatan sosial, keagamaan dan kebajikan masyarakat Cina di negara ini.

“Selain itu, beliau juga menjadi pentas terbaik untuk mendalami keperluan masyarakat Cina tempatan. Kepentingan syarikat AD Network dan AKIT adalah untuk mengetengahkan dasar kerajaan yang betul dan tepat kepada masyarakat,” katanya.

Saksi berkata demikian ketika di soal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada pemeriksaan utama yang masuk hari ke-2 perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Malah Nai Chee yang kini bekerja sebagai peguam mengakui Najib tidak mengeluarkan cek secara terus kepada dua entiti bagi mengelakkannya ia disebar di laman Facebook.

Dalam pada itu, Nai Chee ketika disoal balas oleh peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula mendedahkan Najib sebenarnya telah banyak ‘berbelanja’ untuk komuniti Cina bagi memastikan polisi kerajaan sampai kepada masyarakat kedua terbesar itu.

Malah kata Nai Chee, Najib juga banyak berjasa kerana sentiasa sedaya upaya untuk memahami kehendak komuniti itu dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, ekonomi, agama serta isu-isu lain selain cuba melaksanakan inisiatif tertentu bagi kepentingan mereka.

“Beliau banyak memainkan peranan terhadap masyarakat Cina malah bukan sahaja berbelanja besar tetapi juga banyak melaksanakan inisiatif untuk kepentingan kami, misalya dalam pendidikan yang sudah mula dilakukan oleh Najib ketika memegang jawatan Menteri Pendidikan lagi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tags: 1MDBcinaMCANajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

06/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali diungkap menjelang...

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd