• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Pertubuhan Tak Setuju Tulisan Khat Murid SJKC, SJKT

oleh
05/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT).

Pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) itu mendakwa, pengenalan tulisan khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.

Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen, berkata jika Kementerian Pendidikan bertegas mahu melaksanakan dasar berkenaan, mereka sepakat meminta rundingan diadakan dengan pemegang taruh bersama pihak terbabit dalam pendidikan Cina dan Tamil sebelum pelajaran tulisan khat bagi murid Tahun 4 di SJKC dan SJKT dilaksanakan mulai tahun depan.

Katanya, mereka turut mendesak kementerian menjelaskan terlebih dulu kandungan Dokumen Standard Kurikulum Peperiksaan (DSKP) dan buku teks berhubung keputusan pengenalan pelajaran tulisan khat.

“Kami tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid SJKC dan SJKT kerana tidak bertepatan dengan keperluan sebenar pembelajaran subjek itu.

“Malah ia tidak memberi bantuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Dong Jiao Zong di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi (Dong Zong), Tan Tai Kim; Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng dan Presiden Tamil Foundation, M Thivariam.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks di semua sekolah termasuk SJKC dan SJKT.

Keputusan itu turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid Tahun 4 menjelang tahun hadapan.

Jumaat lalu, Kementerian Pendidikan berkata akan meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan.

Pelaksanaan itu akan mengambil kira pendekatan penyampaian lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid serta guru.

Perancangan memperkenalkan tulisan Jawi dalam kurikulum sekolah sudah dimulakan sejak 2014.

Pada mesyuarat khas selama dua jam pertubuhan terbabit yang dipengerusikan Chiow Chuen, pertubuhan terbabit akan menemui Nie Ching esok di kementerian untuk membincangkan polemik pengenalan tulisan khat ini.

Beliau berkata, keputusan pertubuhan terbabit menolak dasar baharu ini juga tidak melanggar undang-undang atau menggambarkan mereka tidak patriotik kerana Perlembagaan menetapkan tulisan rasmi negara ialah Rumi tanpa larangan penggunaan tulisan Jawi.

“Justeru, kami menyeru pihak tidak bertanggungjawab berhenti menuduh dan memfitnah kami sebagai tidak patriotik atau tidak setia kepada negara dalam soal pembelajaran tulisan khat ini.

“Sebaliknya kami menyokong usaha kementerian meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan bagi murid di SJKC dan SJKT,” katanya.

Chiow Chuen berkata, pertubuhan terbabit turut mahu Kementerian Pendidikan menangguhkan pengenalan tulisan khat bagi murid Tahun 4 di SJKC dan SJKT sehingga keputusan muktamad diperoleh.

“Kami mengambil langkah berwaspada dengan keputusan kementerian kerana masih banyak perkara perlu diperjelaskan.

Kami meminta kementerian mengumumkan kandungan DSKP dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipinda supaya orang ramai tahu bagaimana pengenalan tulisan khat dilaksanakan di SJKC dan SJKT.

“Malah, kami mahu kementerian menangguhkan pelaksanaan dasar ini sebelum menjelaskan segala perkara terkandung dalam DSKP,” katanya.

Chiow Chuen berkata, usaha mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu bagi murid SJKC dan SJKT memadai dengan memperkenalkan tulisan khat untuk menambah keseronokan aktiviti pembelajaran seperti terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu SJK Tahun 5.

Sementara itu, Thivariam berkata, pengenalan pelajaran tulisan khat untuk murid Tahun 4 di SJKC dan SJKT dikhuatiri akan mengurangkan lagi masa pembelajaran Bahasa Melayu yang diperuntukkan ketika ini.

“Lebih wajar kementerian menumpukan usaha meningkatkan penguasaan bahasa Melayu berbanding memperkenalkan pelajaran tulisan khat,” katanya. – BH Online

Tags: SJKCSJKTtulisan Jawitulisan khat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

10/06/2023
0

Shah Alam : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta, bagi tujuan membiayai kerja-kerja membaikpulih...

“Orang Muda Dah Tak Reti Tulis Jawi”

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd