• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakir Naik Tiada Dalam Senarai Orang Dikehendaki, Pengganas

oleh
11/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil semakan Kementerian Dalam Negeri mendapati pendakwah dari India, Dr. Zakir Naik tiada dalam senarai merah Interpol sebagai orang dikehendaki.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nama Zakir juga tidak tersenarai sebagai entiti pengganas dalam senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Perkara itu dimaklumkan Muhyiddin dalam jawapan bertulis kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang ingin tahu pendirian kerajaan dalam berhadapan desakan kerajaan India bagi mengekstradisi Zakir.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia ada hak untuk tidak memenuhi permintaan India agar Zakir diekstradisi kerana menganggap ia bersifat politik.

“Beliau memasuki dan keluar dari Malaysia melalui saluran yang sah dari segi undang-undang.

“Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan, Malaysia berhak mempertimbangkan untuk tidak memenuhi permintaan ekstradisi tersebut seperti dinyatakan Artikel 6 Perenggan (1)(a) Artikel 6 Triti Ekstradisi tanpa menyatakan keperluan sebab penolakan permintaan ekstradisi tersebut,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain itu, terdapat peruntukan untuk tidak meneruskan proses ekstradisi dengan mengambil kira segala hal keadaan demi kepentingan keadilan jika orang yang dikehendaki tersebut tidak akan mendapat keadilan jika dihantar pulang atau terdapat suatu penindasan atau ancaman nyawa terhadapnya.

Katanya, kerajaan juga tidak pernah memberi layanan istimewa kepada Zakir seperti yang diuar-uarkan di media sosial.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Malaysia berhak menolak sebarang permohonan ekstradisi untuk Zakir jika yakin pendakwah itu tidak akan mendapat keadilan di India.

Dr. Mahathir menyamakan kes Zakir dengan usaha Malaysia membawa pulang Sirul Azhar Umar dari Australia.

Tags: InterpolKDNMuhyiddin YassinpengganasZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd